
Cara Mohon Bantuan RM50, Pakej Pelan Data Dan Peranti PERCUMA Untuk Pelajar IPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan penawaran bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti serta bantuan RM50 kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) untuk me mohon bagi memudahkan akses pelajar ke proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (PdP).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noaini Ahmad berkata, bantuan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kaedah PdP dalam norma baharu yang memberi penekanan pada aspek pengkomputeran awam atau cloud computing sebagai alternatif kepada proses PdP tradisional.
Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi…
Posted by Kementerian Pengajian Tinggi on Monday, 2 November 2020
Bantuan RM50
Pelajar-pelajar baharu Universiti Awam IPT yang menerima tawaran kemasukan bagi sesi September 2020/2021 Program Ijazah Sarjana Muda lepasan SPM/Setaraf melalui UPU Online layak mohon dan menerima bantuan RM50.
BACA: Pendaftaran Ke Universiti Ditangguhkan, Ini Senarai Bantuan #SiswaJagaSiswa Yang Ada Buat Mahasiswa
Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UA masing-masing untuk kemas kini dokumen dan maklumat seperti:
- salinan kad pengenalan
- nombor akaun bank dan nama bank
- salinan penyata/buku bank
- nombor telefon/emel
Bantuan akan disalurkan ke akaun bank mulai pertengahan November hingga 31 Disember 2020.
Bantuan Pakej Pelan Data B40 UA
Bantuan ini diberikan dalam bentuk kad sim kepada pelajar dalam kategori B40 berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan pihak pengurusan UA masing-masing.
Namun ada beberapa UA yang memberikan bantuan dalam bentuk tunai melalui akaun pelajar. Pelajar boleh menghubungi terus pihak HEP untuk pertanyaan lanjut.
Bantuan Peranti – Komputer Riba
Bantuan ini diberikan kepada pelajar B40 bersasar yang akan dibuat oleh pihak HEP. Mana-mana pelajar yang layak akan dihubungi pihak UA masing-masing.
Bantuan yang akan diterima ialah komputer riba, pemberian wang tunai, pinjaman peranti sepanjang pengajian dan bantuan pinjaman kewangan istimewa untuk pelajar memiliki komputer riba.
Bantuan akan diberi secara berperingkat bermula November 2020 dan akan dihubungi oleh pihak UA.
Pakej Pelan Data dan Peranti Istimewa
Semua pelajar IPT layak memohon pakej ini termasuklah UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Pembelian boleh dibuat terus dengan pembekal perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh rakan strategik iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia (Unifi Mobile), Maxis, Acer, Samsung (dengan syarat) dan Apple Online Store.