
Cara Isi Borang Dalam Talian E-Nota Konsainan Melalui Aplikasi Pos Malaysia
Cara Isi Borang Dalam Talian E-Nota Konsainan Melalui Aplikasi Pos Malaysia.
Anda yang sering sahaja berurusan dengan syarikat kurier nasional, Pos Laju pastu tahu tatacara untuk membuat penghantaran barang.
Jika selama ini anda mengisi nota konsainan secara manual, sekarang ini tidak perlu lagi dengan hanya perlu datang terus (walk-in) untuk mencetak sendiri nota konsainan di cawangan Pos Laju atau kiosk melalui aplikasi e-Nota Konsainan Pos Malaysia.
Untuk makluman, e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App.
Jadi, anda boleh membuat e-Nota Konsainan secara digital menggunakan aplikasi Pos Malaysia Mobile App di mana sahaja, pada bila-bila masa.
BACA: Risau Pos Makanan Akan Mudah Rosak Dan Lambat Sampai? Wanita Ini Kongsi Cara Pos Guna Firefly
Berikut merupakan cara-cara mengisi e-nota menggunakan aplikasi Pos Malaysia:
Pertama, anda perlu muat turun aplikasi Pos Malaysia melalui Play Store atau Apple Store. Aplikasi ini bukan sahaja boleh megisi borang e-Nota tetapi banyak lagi fungsi lain seperti fungsi track and trace, bayaran bil, send parcel dan lain-lain.
1. Buka aplikasi Pos Laju yang telah dimuat turun. Pilih ‘New Consignment‘ dan isi alamat penghantar dan penerima seperti yang diminta.
2. Akan dipaparkan nama cawangan Pos Laju yang memakai sistem E-Nota Konsainan. Anda boleh semak, jika ada tempat anda, boleh ke langkah seterusnya dengan tekan sahaja butang X.
3. Di bahagian ‘Parcel Info‘, isi maklumat mengenai barang yang dihantar oleh anda. Kemudian akan tertera harga yang perlu dibayar mengikut berat yang dimasukkan. Bayaran akan dibuat di kaunter Pos Laju nanti.
4. Setelah selesai, sistem akan memaparkan semua maklumat yang telah anda masukkan sebelum ini. Semak semula agar segala butiran betul. Setelah berpuas hati, klik ‘certify‘ dan ‘Generate‘.
5. Kemudian, sistem akan keluarkan nombor rujukan dan kod QR untuk barangan anda. Klik ‘Save to My Parcel‘.
6. Untuk melihat kesemua maklumat barangan anda tadi, pergi ke bahagian ‘Homepage‘ dan klik pada ‘My Parcel‘. Maklumat akan dipaparkan di ‘To Print‘, ‘To Track‘, dan ‘Completed‘.
E-Nota Konsainan ini tidak boleh dicetak di rumah ya kerana sistem ini dibina untuk pengguna datang ke Pos Laju. Salinan untu diri sendiri, boleh semak di e-mel atau rujuk dalam aplikasi Pos Malaysia sahaja.
Jangan risau, nak cetak borang ini percuma sahaja!
Sumber: FB Ayuni Sarah Baharuddin
Trending now



