Denda Tulis Maaf

Cara India Kenakan Denda Perintah Berkurung, Tulis ‘Maaf’ 500 Kali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, setiap negara mempunyai cara tersendiri mengenakan hukuman kepada rakyatnya yang melanggar perintah seperti di India, mereka didenda menulis perkataan ‘I am so sorry’ (Saya minta maaf) sebanyak 500 kali.

Menurut media antarabangsa, sepuluh pelancong yang ingkar perintah berkurung di sebuah bandar di utara India, didenda menulis perkataan ‘I did not follow the rules of lockdown so I am so sorry’ (Saya minta maaf sebab tak ikut peraturan berkurung).

Kata pegawai polis tempatan, Vinod Sharma, denda luar biasa itu bertujuan mengajar mereka berikutan lebih 700 pelancong Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel menetap di kawasan terbabit dikatakan melanggar peraturan itu.

Denda sebegini adalah perkara biasa di negara itu seperti individu yang melanggar undang-undang keselamtan jalan raya dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, dikenakan denda menulis karangan sebanyak 100 patah perkataan kepada pegawai polis yang bertugas.

BACA:
India Kuat Kuasa Denda Tulis Karangan Jika Tidak Pakai Topi Keledar

Menurut Sharma, mereka akan mengarahkan semua hotel di kawasan sekitar untuk membenarkan penghuni keluar hanya jika mereka ditemani penduduk tempatan. Mana-mana premis yang mengingkari arahan itu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Polis ambil pendekatan hukuman terbabit selain memakai topi keledar bermotifkan virus berkenaan bagi menggalakkan orang ramai duduk di rumah bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Denda Tulis Maaf

Ahad lalu, polis menahan sembilan individu yang melanggar sekatan jalan di Patiala, Punjab dan menyerang polis sehingga menyebabkan seorang pegawai putus tangan.

Pada awalnya, kumpulan terbabit diarahkan berpatah balik namun mereka bertindak ganas dengan melanggar sekatan. Ahli kumpulan itu mengeluarkan pedang menyebabkan tangan seorang anggota polis putus, manakala enam lagi cedera.

India melaksanakan perintah berkurung penghujung Mac lalu dengan membenarkan rakyat keluar rumah hanya untuk membeli barang keperluan penting seperti makanan dan ubat.

Perdana Menteri, Narendra Modi dijangka melanjutkan lagi perintah berkurung yang berakhir Selasa ini kepada dua minggu lagi. Setakat Ahad, India merekodkan lebih 8,300 jangkitan kes Covid-19 dengan 273 kematian.

Sumber: SCMP