Cara Buat Swab Test Percuma PERKESO

Cara Buat ‘Swab Test’ COVID-19 Secara Percuma

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Buat ‘Swab Test’ COVID-19 Secara Percuma

Kerajaan menggalakkan untuk para pekerja terutama yang berada di kawasan zon merah untuk membuat ujian saringan (swab test) COVID-19.

Terdahulu, kerajaan memutuskan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan PKPB diarah bekerja di rumah mulai esok.

Pelaksanaan arahan tersebut berkuat kuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Arahan membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu dibuat berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja pejabat termasuk sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor yang dilaporkan.

Sedia maklum, ujian melakukan swab COVID-19 sememangnya memerlukan kos tinggi. Sehubungan itu, saringan COVID-19 untuk para pekerja boleh dilakukan secara PERCUMA menerusi panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Sosial (PERKESO).

People tested
Sumber: KXAN Austria

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selepas Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BACA: Betul Ke Sakit Prosedur ‘Swab Test’ Boleh Rasa Sampai Ke Otak?

Swab test COVID-19 ini boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin dengan kos hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu. Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.

Buat Swab Test COVID-19 Secara Percuma Melalui PERKESO

Terdapat dua cara iaitu sama ada guna kaedah Janji Temu dengan Panel Perkhdimatan PERKESO atau Subsidi Saringan Prihatin (PSP).

Jika mahu guna kaedah Janji Temu, majikan perlu menghubungi panel perkhidmatan PERKESO

Majikan boleh menjalankan ujian saringan untuk pekerja melalui panel perkhidmatan yang dilantik oleh PERKESO dengan membuat janji temu untuk saringan. Majikan perlu mengemukakan Lampiran 1 yang lengkap dan menetapkan janji temu saringan bersama panel perkhidmatan melalui https://shop.doctor2u.my/perkeso-booking.

Saringan tanpa janji temu tidak akan diterima. Saringan melalui panel perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO. Direktori Panel Perkhidmatan yang didapati di Portal PSP.

Untuk kaedah Subsidi Saringan Prihatin, majikan perlu bayar dahulu kemudian boleh membuat tuntutan di PERKESO. Subsidi yang ditanggung PERKESO adalah maksimum RM150 seorang.

PSP Perkeso ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri. Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat.

Sumber: PERKESO