‘Car Seat’ Kini Jadi Ancaman Baharu Jenayah Kes Pecah Kenderaan Di Malaysia

Jika sebelum ini barangan seperti smart tag, telefon pintar, komputer riba atau pun dompet menjadi punca kepada kes pecah kereta, menghampiri tahun 2020 bakal menyaksikan satu lagi barangan masuk ke dalam senarai ini, iaitu kerusi keselamatan kanak-kanak.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan beliau sudah menjadi mangsa kes tersebut.

Berlaku di Aeon Bukit Indah, Johor Bahru pada waktu tengah hari, Anis Jasmani menerusi laman Twitter peribadinya memberitahu bukan setakat car seat yang mereka ambil, tetapi juga aksesori kereta seperti radio dan kepala gear.

Kes Pecah Kereta Curi Car Seat 1

Yang menambahkan masalah apabila pegawal keselamatan di kawasan Aeon memberitahu di kawasan parkir mereka tiada disediakan kamera tersembunyi CCTV yang boleh merakamkan kejadian.

Kes Pecah Kereta Curi Car Seat

Membaca ciapan Anis, rata-rata daripada netizen kini sudah mula bimbang mahu meninggalkan car seat anak-anak di dalam kereta kena kerusi tersebut kini menjadi tumpuan pencuri memecahkan kenderaan.

Menurut tinjauan kami, harga car seat jenama Chicco Nextfit yang dicuri adalah berharga sekitar RM1,259 hingga RM1,999!

Kes Pecah Kereta Curi Car Seat 5

Untuk pengetahuan anda, kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan mulai Januari 2020 demi memastikan serta mengelakkan kanak-kanak mengalami kecederaan serius atau pun kematian sekiranya berlaku kemalangan

Namun tahukah anda, kerusi kanak-kanak ini turut mempunyai tempoh luput untuk penggunaannya. Baca lanjut DI SINI.

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.