Car Park

‘Car Park’ Pusat Beli-Belah Popular Di KL Jadi Lubuk Pecah Kereta?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mereka yang sering berkunjung di sebuah pusat beli-belah popular di tengah bandar raya Kuala Lumpur dinasihatkan agar lebih berhati-hati jika hendak meninggalkan beg atau barangan di dalam kereta.

Ini berikutan kes pecah kereta yang dikatakan kerap berlaku ketika ini di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.

Dikongsikan oleh Irfan @irfannhaziq_ di akaun Twitternya, berikut merupakan ciapan yang dibuat olehnya yang menceritakan tentang kejadian yang berlaku ke atasnya baru-baru ini.

Car Park

“Korang yang park kat xxxxx xxxx please be careful, don’t leave any expensive belongings in your car.

Kereta aku baru kena pecah tadi sebab aku tertinggal beg baju and susu anak aku kat seat belakang. Nasib baik tiada barang-barang berharga dalam beg tu.”

Dalam ciapan susulan, Irfan turut mendedahkan tentang satu lagi kes pecah kereta sebenarnya turut berlaku di lokasi yang sama pada malam sebelumnya.

Menurut Irfan, nasib individu tersebut lebih malang apabila mengalami kerugian kerana komputer riba milik isterinya telah berjaya dicuri.

Individu tersebut turut berkongsi foto kejadian melalui mesej yang dikirimkan kepadanya. Laporan polis juga telah pun dibuat.

“Please be careful guys, cukuplah kita orang je yang kena,” jelasnya lagi sambil menasihati orang ramai.

BACA: 7 Sebab Kenapa Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Ini Gagal Tarik Pengunjung

Sumber: Irfan @irfannhaziq_