Cap Jari Rosak, Apa Nak Buat 2

Cap Jari Rosak, Apa Nak Buat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cap jari rosak, apa kena buat?

Cap jari adalah bukti yang paling menarik dalam makmal forensik di seluruh dunia kerana setiap manusia memiliki cap jari yang berbeza antara satu sama lain meskipun di antara pasangan kembar sendiri.

Dibentuk semasa pembangunan janin, corak cap jari yang dipengaruhi oleh persekitaran rahim sudah pun ada sejak dari usia janin enam bulan dan semakin jelas kelihatan apabila tiba bulan terakhir kelahiran.

BACA: Tak Bawa IC Boleh Sebabkan Anda Didenda Sehingga RM20,000 Dan Dipenjara 3 Tahun

Walaupun ahli sains boleh mementukan masa cap jari dicipta, mereka bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana proses cap jari dicipta secara dalam.

Akhirnya mereka bersetuju dengan teori lapisan tengah kulit (basal) digulung di antara lapisan dalaman (dermis) dan lapisan luar (epidermis).

Ketidakseimbangan yang wujud menjadikan kulit mengikat dan membentuk lipatan dalam epidemis dan dermis. Dari luar kelihatan corak seperti berombak.

Cap Jari Rosak, Apa Nak Buat 3

Disebabkan cap jari dah terbentuk sejak dari janin, maka ianya tidak boleh berubah.

Tak ada cap jari?

Tapi disebabkan masalah genetik, ada sesetengah individu dunia yang tidak memiliki cap jari dan keadaan ini disebut sebagai adermatoglyphia yang berpunca daripada mutasi gen.

Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki cap jari yang rosak?

Ada sesetengah individu yang sukar sekali untuk cap jarinya dibaca mesin pengimbas. Mungkin disebabkan memiliki masalah tangan berpeluh terlampau atau pun ianya rosak disebabkan pekerjaan yang dilakukan.

Jadi apa yang boleh anda lakukan sekiranya cap jari anda rosak?

  1. Dapatkan surat pengesahan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara berkenaan dengan keadaan anda.
  2. Simpan surat asli dan fotostat sebanyak mungkin.
  3. Bawa salinan surat tersebut setiap kali anda ada urusan yang memerlukan imbasan cap jari.

Contoh surat:

Cap Jari Rosak, Apa Nak Buat 1
Sumber: Lepak.com

Sumber:

  1. MyHealth
  2. Cap Jari