Cantik Dan Kemas, Tulisan Pada Pintu Kereta TNB Rupanya Hasil Tangan Lelaki Ini 4

Cantik Dan Kemas, Bakat Tulisan Tangan Lelaki Ini Sedarkan Netizen Yang Ia Bukan Pelekat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ada individu yang memiliki bakat tulisan tangan yang sangat cantik, menarik dan kemas.

Tahukah anda tulisan yang sering kita lihat pada pintu kenderaan yang menyatakan maklumat pemilik dan kegunaan kenderaan itu sebenarnya hasil tulisan tangan dan bukannya daripada pelekat?

Cantik Dan Kemas, Tulisan Pada Pintu Kereta TNB Rupanya Hasil Tangan Lelaki Ini 3

Dalam satu perkongsian video yang tular di media sosial, seorang lelaki dilihat dengan teliti dan cermat menulis nama pemilik kenderaan, alamat, kegunaan kenderaan dan kapasiti penumpang di pintu sebuah kenderaan milik Tenaga Nasional Berhad.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1423133794903625729

Sebelum ini, ramai yang menyangka bahawa maklumat tersebut menggunakan pelekat, namun ternyata ia adalah salah.

Cantik Dan Kemas, Tulisan Pada Pintu Kereta TNB Rupanya Hasil Tangan Lelaki Ini 1

Siapa sangka tulisan yang setiap hurufnya sama besar itu rupanya tulisan tangan dengan melihat pada hasilnya sekemas itu bukan?

Ada yang berkongsi, pendapatan menghasilkan tulisan itu boleh dibayar mencecah RM1,000 untuk satu pekerjaan.

Jika benar, tidak rugi rasanya jika pelaburan yang dilakukan adalah sebanyak itu jika hasilnya memang gerenti puas hati, kan?

Untuk mereka tinggal di Melaka, untuk dapatkan khidmat tulisan tangan sebegini boleh menghubungi talian 016-7037552.

142800825_2580185575613452_2401447838805881033_n

Jika anda ada kenalan yang menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat tulisan tangan ini, bolehlah kongsikan nombor yang boleh dihubungi. Mana tahu ada mencari.

Bercerita mengenai tulisan tangan penuh dengan nilai estetika, kita tidak boleh lupakan seniman agung negara, Allayarham P. Ramlee.

Siapa yang tidak mengenali seniman lagenda negara, Allahyarham P. Ramlee yang penuh dengan bakat-bakat seni. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan, pengarahan dan sebagainya, tahukah anda Allahyarham P. Ramlee turut dikurniakan bakat tulisan yang amat berseni dan cantik.

Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Orkestra RTM yang ke-50 (1961-2011), hasil tulisan Allahyarham P. Ramlee telah dimasukkan di dalam sebuah buku meja kopi atau Coffee Table Book yang bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM. 

Baca lanjut di: Gempar! Penuh Nilai Estetika, Ini Rupanya Tulisan Tangan Allahyarham P. Ramlee