
Caj Kesesakan Ganti Kutipan Tol Di Bandar Bantu Kurangkan Kemasukan Kenderaan Persendirian
23 Februari lalu, kerajaan mengumumkan cadangan pengambilalihan empat lebuh raya ekspres bagi menggantikan kutipan tol dengan pelaksanaan caj kesesakan sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan rakyat Malaysia.
BACA: Beri Graduan Menganggur Elaun RM500 Antara Benda ‘Kelakar’ Dalam Belanjawan 2020 – The Centre
Untuk pengetahuan anda, caj kesesakan diperkenalkan bagi menggalakkan warga kota dalam menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan peribadi atau persendirian untuk bergerak.
BACA: Belanjawan 2020: 1.6 Juta Penjawat Awam Terima Baik Berita Bantuan Kerajaan Ini
Caj ini dikenalpasti bertujuan untuk menguruangkan jumlah kereta persendirian yang memasuki kawasan bandar terutamanya ketika waktu puncak. Menurut Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia UiTM, Dr Shahrin Nasir caj ini sudah banyak diperkenalkan di negara-negara maju yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Bagi mengenekan cukai ini, kerajaan perlulah memastikan operator dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan awam mereka supaya dapat menampung jumlah penumpang yang ramai terutamanya pada waktu puncak selain menaikkan kadar bayar parkir untuk kenderaan persendirian.
Melalui pembentengan Belanjawan 2020 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan bercadang mahu menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada dan menggantikannya dengan caj kesesakan dengan kadar yang sama dengan kadar tol semasa.
BACA: Enggan Beri Cuti Bersalin 90 Hari, Majikan Swasta Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang
500 buah bas elektrik turut akan disediakan di bandar terpilih seluruh negara bagi menunjukkan komited kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan mobiliti kepada masyarakat bandar dan luar bandar.
Selain daripada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM85 juta bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor serta pembinaan Rapid Transit System Link (RTS) untuk mereka yang berulang alik dari Johor ke Singapura.
BACA: Belanjawan 2020: BSH RM300 Khas Untuk Golongan OKU Serta Bujang Berumur 40 Tahun Ke Atas
Antara inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan adalah pemberian pas bulanan pengangkutan awam, subsidi petrol kepada pemandu e-hailing dan menubuhkan Public Transport Tariff Review Comitee serta Tribunal Pengangkutan Awam bagi mengkaji kadar tiket pengangkutan awam.
Sumber: Bernama
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Tc49ClHN-/