Tandas Guru Dan Murid Diasingkan

Cadangan Pensyarah Minta Tandas Guru Tidak Diasingkan Dengan Murid Cetus Perdebatan Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bukan tandas awam sahaja, tandas kotor di sekolah juga sering menjadi isu tiap tahun apabila melibatkan tentang aspek kebersihan dan keselamatan tandas.

Isu ini bukan sahaja di Malaysia kerana hampir semua sekolah di dunia mengalami masalah sama.

Terbaharu, tular satu ciapan oleh seorang pensyarah di laman sosial Twitter memberi pandangan bahawa tandas guru dan juga murid tidak sepatutnya diasingkan.

Menurutnya, tandas sekolah yang kotor akan melahirkan anak bangsa pengotor. Justeru, bagi menangani isu ini, tandas di sekolah sewajarnya perlu dikongsi antara guru dan pelajar di samping pihak atasan menyediakan bekalan air bersih dan mencukupi.

“Tandas guru dan murid sepatutnya tak perlu diasingkan. KPM perlu usahakan agar tandas-tandas di sekolah kerajaan bersih, bekalan air mencukupi dan sehingga ianya layak digunakan oleh para guru.

“Apabila diasingkan, isu tandas murid kotor di seluruh negara tak akan selesai sampai bila-bila.”

Jelasnya, bukan sahaja isu tandas murid kotor, pihak bertanggungjawab juga perlu mengambil perhatian mengenai prasarana asas sekolah yang perlu diperbaiki.

Tandas Guru Dan Murid Diasingkan

“Tandas sekolah yg kotor akan mengeluarkan ana-anak bangsa yang pengotor. Kadang tu bukan salah murid atau guru.

“Prasarana asas di sekolah kerajaan masih perlu di perbaiki. Sampai para guru berangan di FB, alangkah seronoknya kalau guru ada kubikel sendiri. Sebak membacanya.

“Kena ada perancangan bersepadu juga sebenarnya. Saya tahu ada guru yg tak setuju bercampur sebab ada sesetengah tandas sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, ciapan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga mengundang perdebatan yang mana rata-ratanya bersetuju dan tak kurang juga yang berikan pendapat sebaliknya.

Tandas Guru Dan Murid Diasingkan

Tandas Guru Dan Murid Diasingkan

Sebahagian lagi tidak bersetuju kerana khuatir jika berlaku perkara tidak diingini apabila bercampur tandas antara guru dan murid.

Tandas Guru Dan Murid Diasingkan

Ada yang menegaskan adalah lebih baik sistem tandas sekolah perlu dinaik taraf dari segi kelengkapan yang dilihat jauh berbeza antara tandas murid dan guru.

Sumber: Twitter Siti Raudzah Ghazali