Cadangan Gaji RM2,700 Kemungkinan Akan Buat Ramai Majikan Gulung Tikar – MEF

Cadangan gaji RM2,700 berkemungkinan akan menyebabkan banyak majikan gulung tikar.

Langkah pembekuan pengambilan pekerja asing dan penambahan sekatan terhadap kelompok ini menyebabkan lebih banyak peluang pekerjaan dibuka kepada warga tempatan.

BACA: Kerajaan Diminta Fleksibel Kenakan Larangan Ambilan Pekerja Asing Kerana Boleh Sekat Perkembangan Sesetengah Industri

Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar gaji diberikan sebanyak RM2,700 terutamanya kepada mereka yang bekerja di bandar besar.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata cadangan gaji berkenaan adalah langkah yang boleh diambil kerajaan dan majikan bagi memastikan tiada kekurangan tenaga kerja dalam sektor yang menggunakan ramai pekerja asing.

Namun Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak menolak kemungkinan ramai majikan akan bankrap atau gulung tikar sekiranya gaji bulanan di bandar besar ditetapkan pada kadar RM2,700 tetapi sikap dan produktiviti pekerja tempatan masih lagi di takuk lama.

Menurut Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan peningkatan kadar aji perlu sejajar dengan produktviti dan tahap profesionalisme pekerja.

Laporan Tahunan 2017 Bank Negara Malaysia (BNM) memaparkan kadar gaji RM2,700 adalah aras gaji kehidupan wajar bagi seseorang individu bujang dewasa di Kuala Lumpur dan bukannya merujuk kepada pendapatan median.

Gaji Minimum Lembah Klang

Konsep gaji kehidupan wajar adalah berbeza daripada gaji minimu dan disebabkan itu ianya tidak menggantikan kewajaran gaji minimum semasa iaitu RM1,200.

BACA: Kuat Kuasa Gaji Minimum RM1,200 Di 57 Bandar Utama Bermula Jan 2020 – Kerajaan

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018, gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya berbanding pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

Pertengahan November lalu,  firma konsultansi global, ECA International menjangkakan pekerja Malaysia akan menyaksikan penurunan kadar kenaikan gaji yang ketara jika dibandingkan dengan tahun 2019 (2.9% – 4.0%) dengan perbezaan sebanyak 1.1% dan menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara yang memiliki kadar kenaikan paling tinggi di peringkat global.