
Cadang Nombor Plat Pada Basikal, Ini Kata Raja Pecut Asia
Cadang nombor plat pada basikal, ini kata Raja Pecut Asia.
Susulan timbulnya beberapa isu keselamatan melibatkan penunggang basikal belakangan ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan agar perkenalkan nombor plat dan lesen buat kelompok ini.

BACA: JPJ Mula Masuk Campur Selepas Banyak Isu Melibatkan Geng Basikal
Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata pihak mereka sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ianya sudah menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia.
Mendapat reaksi yang pelbagai, beberapa pihak telah tampil menyatakan ketidaksetujuan mereka dalam hal ini antaranya Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang merasakan ianya sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berasas.
Untuk pengetahuan anda, nombor plat pendaftaran ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British menjelang tempoh Perang Dunia Pertama namun dimansuhkan dan dikenakan hanya buat kenderaan berenjin sahaja.
Apa kata Raja Pecut Asia, Azizulhasni Awang mengenai perkara ini?

Memberikan pandangan peribadi, Azizulhasni menjelaskan pengenalan lesen dan plat kenderaan ini hanya akan mengurangkan pengguna basikal. Melalui aktiviti berbasikal, ada beberapa isu boleh diatasi antaranya daripada aspek kesesakan lalu lintas dan kesihatan.
Mengakui agak susah untuk Malaysia membina laluan khas basikal seperti negara-negara maju lain, ini antara cadangan beliau:
- Perbincangan dengan pelbagai pihak bagi membina satu polisi atau peraturan baru termasuklah peraturan berkayuh di lebuh raya, jalan kampung, off-road dan sebagainya.
- Adakan kempen kayuhan selamat dan betul 0 ajar pengetahuan asas dan peraturan ketika berkayuh di jalan raya.
- Bina litar khas untuk penunggang basikal tanpa diganggu kenderaan lain.
Menurut Azizulhasni, jalan terakhir adalah aplikasi lesen dan nombor plat dilaksanakan, maka infrastruktur khas untuk penunggang basikal perlu ada kerana mereka mempunyai hak yang sama di atas jalan raya.
https://www.facebook.com/azizulawangofficial/posts/10157582034866705/