
Cabaran Ucapan 2 Minit Perdana Menteri New Zealand Pukau Netizen
Beberapa hari lalu, tular mengenai Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menyahut cabaran menyampaikan ucapan mengenai pencapaian kerajaan di bawah pentadbirannya dalam video berdurasi dua minit.
Video tersebut dirakam bersempena dengan ulang tahun kedua beliau mentadbir New Zealand di atas cabaran pasukannya.
Dicabar melakukannya dalam masa kurang dua minit, namun Perdana Menteri New Zealand itu hanya mampu menyelesaikannya dalam masa dua minit 56 saat. Walaupun begitu, ianya tetap sesuatu yang boleh dibanggakan.
Antara yang tersenarai dalam ucapannya ialah kejayaan pasukan pentadbirannya mewujudkan dasar termasuklah menyediakan 92,000 peluang pekerjaan, peningkatan penjagaan penyakit kanser dan membina lebih banyak bilik darjah untuk kegunaan pendidikan.
Video yang dimuat naik di laman Facebooknya pada 2 November lalu sehingga kini telah dikongsi sebanyak 52,000 kali dan disukai oleh 57,000 pengguna.
Tonton video penuh di pautan bawah:
https://www.facebook.com/jacindaardern/videos/3087161944643747/?__xts__[0]=68.ARA3jIQB9ZpwQJOwKzQutlg5bIMOmE5ASDY_1vFSwoiXVtjL2XZSu5lhcoYF-OjDqxPsDVKqwEmk9IcmpzeRnmcmnm98ZhukhinhLkI1O9wVFuq3VSiyf-o6AuV5lEw9HhmMNa1cqBLOyMEwa6HZpATMUmx6p9KOAtRm51DyHsGSyBOe5YLCnW8IcAM3NYr_CH8xlpR2PpZuDTVEDWRFxXDO1MEv4LqIaGMi2PwceicJlRjZgp9kKT9eh5abOIYY0IXcwBILgIPl00CN_Y2gaSZQy8DZnFq3NFyavbk7RyVFAM4NjeBYGni_12FE8NvqgWU8xWtxU7O9sqaOqYmrBGKGbKde3Q&__tn__=-R
Terdahulu, satu dunia gempar dengan serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch, New Zealand yang setakat ini telah mencatatkan jumlah mangsa sekitar 30 orang termasuklah dua orang rakyat Malaysia iaitu seorang bapa dan anaknya.
Menyasarkan dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, angka kematian rasmi belum lagi dikeluarkan. Perdana Menteri New Zealand menyifatkan bahawa kejadian tersebut merupakan hari paling gelap buat New Zealand.
Antara manga paling laris dan lama di dunia.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.