cats

‘Bye-Bye Didi & Friends’, Ucapan ‘Throwback’ CEO Digital Durian Buat Peminat Animasi Ini Sebak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hantaran ‘campak belakang’ CEO Digital Durian ini buat ramai peminat animasi sebak.

Siapa sahaja yang tidak mengenali animasi Didi & Friends yang dicipta syarikat Digital Durian?

Berkisarkan mengenai tiga ekor ayam serama yang digelar Didi, Jojo dan Nana, biarpun ia adalah media belajar sambil berhibur, di Malaysia sendiri fenomena Didi & Friends tidak terhad kepada peringkat kanak-kanak sahaja.

Namun hari ini, animasi popular yang semakin popular di negara luar  ini akan dipindah milik kepada Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, iaitu pengasas bersama Digital Durian yang akan menubuhkan satu syarikat baharu.

Menurut sumber aksiz.com, selepas diperkenalkan kepada umum pada tahun 2014, rancangan ini mula disiarkan di saluran Astro Ceria dengan episod-episod pendek sehinggalah pada tahun 2017, kerjasama dengan Astro membolehkan Didi & Friends diperkenalkan dalam siri yang lebih panjang.

Dan sejak 2018, Didi & Friends mula disampaikan dalam format filem – Konsert Hora Horey Didi & Friends.

Mengumumkan berita itu di Facebook peribadinya, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian atau DD Animation Studio Sinan Ismail membuat imbas kembali perjalanan beliau bersama Digital Durian pada 2008 dan impiannya mencipta animasi kartun.

Hantaran CEO Digital Durian mengenai perjalanan Didi & Friends bersama Durian Digital nyata membuatkan ramai yang turut merasai apa yang beliau rasa.

‘Bye-Bye Didi & Friends’, Ucapan ‘Throwback’ CEO Digital Durian Buat Peminat Animasi Ini Sebak 1

‘Bye-Bye Didi & Friends’, Ucapan ‘Throwback’ CEO Digital Durian Buat Peminat Animasi Ini Sebak 2

‘Bye-Bye Didi & Friends’, Ucapan ‘Throwback’ CEO Digital Durian Buat Peminat Animasi Ini Sebak 3

‘Bye-Bye Didi & Friends’, Ucapan ‘Throwback’ CEO Digital Durian Buat Peminat Animasi Ini Sebak 4

CEO Sinan

CEO SInan

Sebelum ini Paul Pogba menarik perhatian ramai apabila memuat turun sekeping gambar yang memaparkan beliau sedang menonton animas Omar & Hana salah sebuah produk daripada Digital Durian juga.

Daripada komen-komen netizen dari Malaysia, ternyata semua orang berbangga apabila animasi tempatan diangkat dan dikenali di Eropah. Mungkinkah selepas menonton Omar dan Hana, beliau berpotensi untuk lihat animasi dari Malaysia yang lain pula, contohnya Upin dan Ipin.

Sumber: Sinan Ismail