Solidariti Buat Wartawan Buta Dibedil Israel 2

Buta Ditembak Askar Israel, Dunia Anjur Kempen Solidariti #EyeOfTruth Buat Wartawan Palestin Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumaat lalu, seorang wartawan Palestin, Mu’atah Amarneh buta sebelah mata akibat ditembak askar Israel semasa sedang membuat liputan tentang protes berkaitan penyitaan tanah oleh pihak berkuasa Israel yang memihak kepada pembinaan penempatan.

Mu’ath Amarneg hilang penglihatan mata kirinya selepas mengalami kecederaan parah akibat peluru logam bersalut getah yang dilepaskan dalam serangan terhadap penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat.

Amarneh yang memakai baju kalis peluru dengan tag nama media cedera ditembak di bahagian mata dikejarkan ke hospital di Hebron untuk menerima rawatan kecemasan namun matanya terpaksa dibuang oleh doktor.

Solidariti Buat Wartawan Buta Dibedil Israel 1

Solidariti Buat Wartawan Buta Dibedil Israel 3

Tindakan tentera Zionis yang dikatakan sebagai sengaja ini kemudiannya menerima kecaman dan kutukan daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia termasuklah daripada Setiausaha Agung IFJ (Persekutuan Wartawan Antarabangsa) dan PJS (Sindiket Wartawan Palestin) yang menuntut agar kekebalan yang dinikmati pemangsa kebebasan akhbar dan demokrasi boleh berakhir di Israel dan tempat lain.

Tanda pagar #MuathEye, #EyeOfTruth dan #عين_معاذ menjadi trending bukan sahaja dalam kalangan aktivis Palestin tetapi juga daripada pengguna media sosial di seluruh dunia bagi menyatakan solidariti mereka kepada mangsa kekejaman Israel.

https://twitter.com/DaysofPalestine/status/1196066614250287104

https://twitter.com/Gaza12019/status/1196005265847574528

https://twitter.com/DaysofPalestine/status/1196048940422094849

Malah pemberita di Buletin Berita jam 9 malam di TV Palestin secara terbuka turut menutup mata mereka sebagai sokongan kepada Amarneh.

https://twitter.com/YousefAlhelou/status/1196174943744122880

Isnin lalu, Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka menyokong hak Israel untuk membina penempatan peneroka haram di jajahan Tebing Barat dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian, Days Of Palestine

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.