page

‘Bunga Bukan Sekuntum, Yen!’ Kisah Oyen Berebut Awek Buat Netizen Terhibur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ini kisah Oyen berebut awek.

Dalam banyak-banyak baka kucing, Oyen adalah salah seekor yang kerap menjadi perhatian kerana perangainya yang mencuit hari.

Terbaharu, kisah Oyen yang dikongsikan di Facebook Rapid KL berjaya menghiburkan netizen.

Gara-gara berebutkan kucing betina lain, habis beliau bergaduh sehingga terluka di bahagian kepala.

‘Bunga Bukan Sekuntum, Yen!’ Kisah Oyen Berebut Awek Buat Netizen Terhibur 1
Sumber: Facebook Rapid KL

Salah seorang penumpang Rapid KL yang simpati dengan kecederaan Oyen telah memberikan RM50 kepada kakitangan Rapid KL untuk biaya  rawatannya.

Oyen Rapid KL
Sumber: Facebook Rapid KL

Tidak menunggu lama, Oyen dibawa ke klinik haiwan berdekatan oleh Adli, salah seorang kakitangan Rapid KL sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk penjagaan susulan.

Oyen dan Awek 1
Sumber: Facebook Rapid KL

Selepas dua minggu, Oyen yang sukakan tempat berpenghawa dingin ini kembali sihat dan cergas seperti biasa.

Oyen dan Awek 4
Sumber: Facebook Rapid KL

Rapid KL turut menyampaikan pesan kepada mana-mana penumpang yang terjumpa dengan Oyen menasihati Oyen bahawa dalam dunia ini bunga bukan sekuntum dan tak perlu lagi berebut awek.

Oyen Rapid KL
Sumber: Facebook Rapid KL

“Bunga bukan sekuntum, Yen!”

Terdahulu, kami pernah melaporkan kisah Oyen yang dilantik menjadi Datuk Bandar untuk tempoh 20 tahun di sebuah bandar kecil di Alaska.

Kucing berwarna oren yang dikenali sebagai Stubbs ini secara rasminya memegang jawatan tertinggi di bandar Talkeetna, Alaska yang didiami kurang daripada 900 orang penduduk.

Pada tahun 1997, pemilihan Datuk Bandar di Talkeetna tidak dipedulikan masyarakat setempat kerana ketiadaan calon yang layak untuk memimpin.

Pada masa yang sama, seorang pengurus General Store, Lauri Stec tela mengambil seekor anak kucing tanpa ekor dari kotak pembuangan dan memberikannya nama Stubbs.

Bermula dari situ, seorang bintang politik dilahirkan. Stubbs dipilih menjadi Datuk Bandar.

Disayangi pelbagai pihak, populariti Stubbs bukan sahaja meningkat dalam kalangan penduduk setempat, malah juga di seluruh dunia.

Baca lanjut di: Kisah ‘Oyen’ Yang Dilantik Menjadi Datuk Bandar Untuk Tempoh 20 Tahun