Bumi Lebih Hijau Berbanding 20 Tahun Lalu – NASA

Sumber: NASA

Satu kajian baharu daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mendapati bahawa warna bumi lebih hijau jika dibandingkan dengan 20 tahun lalu.

Dua dekad terakhir ini, bumi telah menunjukkan peningkatan warna hijau di seluruh planet, yang diukur pada purata luas daun per tahun daripada tanaman dan pokok.

Data dari satelit NASA menunjukkan bahawa bumi lebih hijau adalah hasil dari China dan India yang giat menjalankan program penanaman pokok dan pertanian secara intesif. Kedua negara tersebut muncul sebagai populasi terbesar di dunia yang memimpin kepada peningkatan penghijauan di darat.

Bumi Lebih Hijau Berbanding 20 Tahun Lalu – NASA
Sumber: NASA

Fenomena penghijauan pertama kali dikesan menggunakan data satelit pada pertengahan 1990-an oleh Ranga Myneni dan rakan penyelidiknya dari Unversiti Boston, namun tiada kepastian daripada mereka fenomena berkenaan berpunca daripada aktiviti manusia.

Menggunakan instrumen yang dipanggil sebagai  Spectroradiometer Pengimejan Resolusi Moderat (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) atau nama singkatannya adalah MODIS, NASA berupaya mendapatkan data beresolusi tinggi yang mampu memberikan maklumat tepat dalam membantu penyelidik menyelesaikan perincian mengenai fenomena yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan di bumi sehingga ketinggian 500 meter dari tanah.

Bumi Lebih Hijau Berbanding 20 Tahun Lalu – NASA
Sumber: NASA

Mengenal pasti bahawa manusia adalah punca utama kepada bumi yang lebih hijau, saintis, Rama Nemani menjelaskan perlu ada model cuaca yang dihasilkan supaya dapat membantu jangkaan saintis menjadi lebih tepat mengenai perbezaan perilaku padasistem bumi.

Sumber: NASA