Buku Tanpa Huruf E

Buku Yang Diterbitkan Tanpa Satu Pun Huruf ‘E’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam Bahasa Inggeris, huruf E adalah huruf yang biasa digunakan.  Namun tahukah anda, ada beberapa buah buku yang pernah dihasilkan tanpa ada satu pun huruf  E di dalam teksnya?

1. Gadsby – Ernest Vincent Wright

Buku Yang Diterbitkan Tanpa Satu Pun Huruf ‘E’ 1

Ditulis pada 1939, tiada satu pun huruf E yang kelihatan dalam 50,000 patah perkataan yang ada dalam novel Gadsby oleh Ernest Vincent Wright, kecuali pada pendahuluan dan nama penulis.

Wright memberitahu biarpun selalu diberitahu yang ianya adalah sesuatu yang mustahil, beliau berjaya membuktikan bahawa novel berkenaan mampu ditulis tanpa huruf E.

Buku Yang Diterbitkan Tanpa Satu Pun Huruf ‘E’ 2
Salah satu halaman dalam novel Gadsby. Kredit AbeBoots

Bagi memastikan beliau tidak ‘menipu’ atau tanpa sengaja menekan huruf E tanpa sedar, Wright telah mengikat huruf E pada mesin taipnya.

2. La Disparition – Georges Perec

Buku Yang Diterbitkan Tanpa Satu Pun Huruf ‘E’

Terinspirasi dengan Wright, Perec cuba melakukan hal yang sama namun dalam penulisan berbahasa Perancis.

Diterbitkan pada tahun 1969 dengan halaman sebanyak 300 helai, novel La Disparition kemudiannya berjaya diterjemah ke Bahasa Inggeris pada tahun 1994 oleh Gilbert Adair yang menggunakan tajuk baru iaitu A Void bagi menggantikan The Disapperance yang mengandungi tiga huruf E.

BACA: Selain PNM, Ini Senarai Laman E-Buku Percuma Untuk Pelbagai Genre

Bukan itu sahaja, buku ini berjaya diterjemah kepada beberapa bahasa lain termasuklah Jerman, Turki, Sepanyol dan Jepun.

Pada ketika ini, mungkin anda boleh teka, siapa yang kerjanya lebih susah – penulis asal atau pun penulis terjemahan yang terpaksa berpegang pada aturan tidak menggunakan huruf E semasa kerja-kerja terjemahan dilakukan?

Pernah anda membayangkan menulis buku tanpa huruf E?

Tahukah anda, selain Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), ada beberapa laman e-buku yang boleh anda layari untuk membaca dengan percuma?

Sumber:

  1. Mental Floss
  2. Gadsby
  3. A Void