
Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Kult sebuah buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia menjadi tular baru-baru ini susulan mengandungi imej yang menyerupai jata negara.
BACA: Pasang Jalur Gemilang Terbalik Tanda Pengkhianatan Terbuka Kepada Negara
Buku suntingan Kean Wong yang secara terang-terangan mempermainkan jata negara memaparkan imej mirip seorang kanak-kanak tanpa pakaian di atas bulan dan bintang serta dua ekor harimau yang berdiri di atas seekor buaya.
https://www.facebook.com/ILHAMBooks/photos/a.598438310197946/3921676927874051/?type=3&__tn__=-R
Sama ada disengajakan atau tidak, tindakan ini langsung tidak boleh diterima kerana ianya memberi gambaran martabat jata negara dipermainkan sesuka hati selain daripada menghina lambang rasmi kedaulatan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Aysyraf Wajdi Dusuki ketika mengulas mengenai kulit tersebut menggesa Kementerian Dalam Negeri menggesa siasatan dilakukan terhadap pihak penulis, penyunting dan penerbit sama ada wujudnya motif menghina negara selain daripada menggantung penerbitan dan pengedarannya.
Menurut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 boleh dikenakan bagi kesalahan penggunaan lambang negara.
Akan tetapi salah seorang peguam menjelaskan hukuman mengikut Akta Hasutan 1948 adalah lebih sesuai kerana isu ini adalah berkaitan dengan penghinaan kepada kerajaan dengan mencemarkan kemuliaan Jata Negara.
https://www.facebook.com/dr.ssthind/photos/a.2152202164994906/2647786278769823/?type=3
Akta Hasutan 1948 lebih tepat kerana di bawah akta ini, kesalahannya adalah kepada mena-mana orang yang:
- melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apaapa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;
- menyebut apa-apa perkataan menghasut;
- mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
- mengimport apa-apa penerbitan menghasut.
Kononnya mengidealisasikan Wawasan 2020 dalam era Malaysia moden, buku ini mempersoalkan mengenai ketidaktentuan masa hadapan negara.

Dalam sinopsis di laman Carousell, Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia diulas sebagai sebuah buku yang meraikan polisi perdebatan dasar berdasarkan fakta dan bukti yang turut meneliti sentraliti Sabah dan Sarawak dalam idea Malaysia yang berjaya, fahaman federalisme yang menjengkelkan, ekonomi yang dilanda perang erdagangan dan keadaan darurat iklim serta kehebatan kaum dan agama politik.

Sumber: Malaysia Gazette,