
Buku Konsep Seni Dan Visual ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Jadi Rujukan Filem Animasi Tempatan
Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert jelajah, ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di empat buah negara dengan peruntukan paling mahal iaitu sebanyak 10 juta dalam sejarah karier seninya sebagai penghibur.
Penganjur Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihaknya percaya sepenuhnya kepada Siti Nurhaliza dan tidak keberatan untuk memperuntukan dana sebanyak RM10 juta bagi menjayakan siri jelajah tersebut.
Tambahan, pihaknya belum pernah lagi menggunakan peruntukan sebanyak itu untuk mengadakan konsert dengan mana-mana artis lain tetapi mereka yakin boleh mendapat pulangan yang sewajarnya melalui Siti Nurhaliza.
Antara konsert jelajah yang bakal berlangsung ini, beliau bakal kembali ke pentas Royal Albert Hall, London selepas kali pertama mengadakan persembahan solo di situ 14 tahun lalu.

Konsert tersebut bakal bermula pada 21 Februari 2019 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan kemudian ke lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019 dan di Royal Albert Hall, London pada 22 April 2019. Manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.
Di sebalik persediaan menjayakan konsert yang ke-55 itu, Siti Nurhaliza akui sedang mengikuti jadual padat untuk berlatih selain berdepan detik yang ‘memeritkan’ iaitu melakukan senaman serta mengikuti diet ketat bagi menghasilkan stamina yang terbaik.
Malah, penyanyi kesayangan ramai itu sanggup bersenam sambil mengamalkan pemakanan sihat bagi membolehkan beliau memperoleh berat badan yang ideal. Beliau kini sedang menjalani rutin diet untuk mencapai berat badan idealnya, iaitu 60kg.
Sementara itu, beliau berkata dia begitu bersemangat untuk menjayakan siri jelajah tersebut kerana ia adalah kemunculan pertamanya selepas berehat lebih setahun.
Sumber: Malaysia Kini, Free Malaysia Today