Ahli Parlimen Isytihar Harta 1

Bukan Tugas Kami Ambil Tindakan Ahli Parlimen Tak Isytihar Harta – SPRM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada 1 Julai lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.

Menerusi kenyataan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka perlu mengisytiharkan semua harta milik masing-masing termasuklah sumber pendapatan daripada derma, wasiat dan pusaka.

Akuan Berkanun seterusnya akan dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh usul dipersetujui dan disalinkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Senarai butiran pengisytiharan harta yang diumumkan Ahli Parlimen kemudiannya akan dipaparkan di portal SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM

Menurut Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen yang gagal atau enggan berbuat demikian akan dirujuk kepada kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melanggar hak dan keistimewaan majlis yang mana boleh menyebabkan Ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan.

Namun menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, sekiranya Ahli Parlimen pembangkang enggan mengisytiharkan harta pada tarikh yang ditetapkan iaitu 5 Disember ini, pihak SPRM tidak boleh mengambil tindakan apa-apa sebaliknya menyerahkan kepada speaker bagaimana mahu menguruskannya (dan tindakan).

“SPRM hanyalah penjaga perisytiharan harta. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Jadi kita kena tunggu dan lihat.”

Ini kerana sebahagian Ahli Parlimen pembangkang dilaporkan menentang usul tersebut dan akan membincangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada untuk mengisytiharkan harta masing-masing atau pun tidak.

Sumber: Berita Harian, FMT

Trivia terminator.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.