
Bukan Senang Nak ‘Claim’ Insurans Kebakaran, Jangan Buat Spekulasi Dan Sangka Buruk
Kebakaran gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 ketika orang ramai masih lagi dalam suasana menyambut tahun baharu 2023 sememangnya mengejutkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan apabila bangunan yang dianggarkan bernilai lebih RM100 juta itu terbakar sekali lagi pada hari berikutnya sehingga mengundang pelbagai spekulasi dan sangka buruk dari warganet.
Seorang pengguna Facebook, Zulhafidz Yahaya dari Cycle Design telah membuat hantaran berikut bagi cuba memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang agak kurang sensitif dengan kejadian ini.
Semoga dengan pencerahan dari beliau ini lebih ramai yang akan mula sedar dan faham serta tidak fikir yang bukan-bukan lagi.
Banyak betul komen kat video atau posting Jakel terbakar tu, bercakap tentang
“Ala, nak claim insurance la tu”
“Ala, dah stock lama, tak jalan, bakar, claim insurance, untung”
“Ala, akhir tahun, ngam-ngam masuk tahun baru, claim la, ape lagi”
“Stock lama tak jalan, nak masuk Ramadan nanti dah sampai stock baru, mana nak letak, bakar jela yang lama”
Amboi, amboi, amboi, ingat sesenang gitu ke claim insurance? Ingat hari ni bakar, minggu depan dapat claim? Banyak proses dan macam-macam lah weh. Kalau fitnah nak kata berpakat dengan adjuster pun, ingat benda besar macam ni sesenang gitu je insurance nak bayor?
Pekerja tak dapat kerja tiba-tiba, Jakel bukan boleh berentikan tetibe je, kene bayar pampasan jugak, kena uruskan macam-macam.
Ganti rugi bangunan, repair rosak sana sini. sampai 2 hari pun asap duk keluar lagi. Kain, kalau siap pernah main titik-titik plastik yang dibakar pada batang lidi or kayu, konon-konon perang, camtu la baju, dia terbakar dan menitik-nitik, sebab ada kandungan-kandungan plastic, nylon pada baju.
Laporan bomba, laporan TNB, laporan forensik kebakaran, anjing pengesan pun boleh kesan kalau ada turpentine ke ape ke bahan-bahan, memang ada special anjing dilatih untuk bau. Anjing yang macam ni dapat kesan kes pengkhianatan Tahfiz yang terbakar di Keramat dulu tu.
Macam-macam lagilah.
Tak tau la macam mana diorang boleh senang-senang sebut insurance tu. Nak claim travel insurance pun kena prepare macam-macam dokumen. Insurance kemalangan pun lawyer kena fight sesetengah kes.
Diorang pernah buat ke, yang komen begitu? Atau diorang anggap semua kes kedai-kedai terbakar, kilang-kilang terbakar, semua nak claim insurance? Memang kena start dengan sangka buruk dulu?
BACA: Sanggup Bakar Bentley Milik Sendiri Untut Tuntut Insurans Demi Langsai Hutang ‘Along’
Sumber: Zulhafidz Yahaya