Inai Masalah Kesihatan

Bukan Semua Orang Boleh Pakai Inai, Elakkan Jika Alami Tiga Masalah Kesihatan Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berbeza 10 atau 20 tahun dulu, pemakaian inai hanya dikenakan apabila tibanya malam berinai sebelum berlangsungnya hari pernikahan.

Namun, trend masa kini dengan kebanjiran penjualan produk inai mengubah perhiasan ukiran di hujung jari dan tapak tangan ini boleh dipakai pada bila-bila masa oleh kaum wanita.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal daripada perkataan Arab iaitu “Henna” yang bermaksud ubat. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru; inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari serta rambut).

Terdapat pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran untuk perhiasan kuku dan pewarna rambut.

Penggunaan daun inai bukan sahaja untuk tujuan kecantikan kuku, malahan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti air mandian dan sebagainya.

Walaupun ia diperbuat daripada tumbuhan organik, tidak bermakna ia selamat digunakan terutama jika seseorang itu mengalami masalah kesihatan.

Inai Masalah Kesihatan

Perkara ini dikongsikan oleh Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di laman Facebook mengenai satu kes melibatkan seorang bayi susulan penggunaan tumbuhan itu.

Seorang kanak-kanak 42 hari telah datang ke hospital dengan kekuningan, pucat, dan air kencing yang kemerahan selama dua hari. Ibunya merawat radang kulit bayi (napkin rash) menggunakan inai.

Setelah pemeriksaan dilakukan, HB nya jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD.

Lawson adalah bahan yang terdapat di dalam daun inai. Ia digunakan bukan sahaja untuk kosmetik, tetapi untuk terapi penyakit kulit tertentu. Di dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah.

Penggunaan inai kebiasaanya adalah selamat. Kecuali pada mereka yang mempunyai allergik. Elakkan menggunakan inai jika anda mempunyai alergik kepada Lawsonia Inermis.

Selain itu, tiada data kajian untuk kegunaan selamat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusu. Jika boleh, elakkan sahaja.

PHM menggalakkan orang ramai mengelak penggunaan inai sekiranya mempunyai tiga masalah kesihatan berikut:

Inai Masalah Kesihatan

1. Alahan
2. Sejarah contact dermatitis (radang kulit)
3. Kekurangan enzim G6PD – yang terdapat dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Malah tidak selamat untuk dimakan. Rawatan segera diperlukan sekiranya anda tertelan tumbuhan ini.

Sumber: Public Health Malaysia