Minum Air Pangsa Durian Sains

Bukan Sekadar Petua Orang Lama, Ini Penjelasan Dari Sudut Sains Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sempena musim durian, boleh dikatakan topik berkaitan durian paling banyak dibualkan ketika ini.

Tambahan pula, harga raja buah ini mengalami penurunan pada musim ini atas faktor lebih bekalan dari pelbagai negeri. Maksudnya, hasil durian pada kali ini begitu ‘menjadi’ sekali gus ia mampu dibeli oleh orang ramai.

Pastinya penggemar durian tidak akan melepaskan peluang mencuba jenis durian kegemaran masing-masing.

Bercakap tentang durian, pasti anda pernah ditegur untuk minum air dalam pangsa durian setelah memakan beberapa ulas sebagai cara untuk menyejukkan badan dan mengelakkan perut rasa kurang selesa.

Dikerja Hospital Tak Tahan Bau Durian

Sering dianggap sebagai petua orang lama, namun tahukah anda petua tersebut sebenarnya salig berhubung kait dengan realiti saintifik?

Ini adalah perkongsian daripada Dr Suri Roowi. Ph.D MKN mengenai minum air dalam pangsa durian di laman Facebooknya. Jelasnya, bahagian kulit dari buah tersebut khasiatnya.

KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?

Antara Petua dan Realiti Saintifik

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.

Minum Air Pangsa Durian Sains

Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi