Bukan Salah Ibu Mengandung, Benih Ayah Penentu Jantina Bayi Dalam Kandungan

Sumber: Insider

Masih ada dalam kalangan masyarakat hari ini yang menunding jari kepada kaum ibu dengan jantina anak-anak yang dilahirkan. Akan tetapi tahukah anda, benih ayah adalah penentu kepada jantina bayi dan bukan salah ibu mengandung?

BACA: Bolehkah Wanita Hamil Minum Kopi?

Terdapat dua jenis sel pembiakan (sperma) bagi lelaki iaitu kromosom X dan Y, berbeza dengan wanita yang hanya memiliki sel pembiakan (ovum) kromosom X sahaja.

Ini bermakna, sperma lelaki yang akan menentukan sama ada jantina janin yang dikandung ibu sama ada lelaki atau perempuan.

Bukan Salah Ibu Mengandung, Benih Ayah Penentu Jantina Bayi

Dari awal kehamilan sehinggalah usia kandungan mencecah lapan minggu, kedua-dua jantina bayi mempunyai asas yang sama; testis pada lelaki menyerupai labia dan ovarium perempuan dan zakar menyerupai klitoris.

Antara minggu ke-7 hingga ke-12, asas bentuk alat sulit bayi itu kemudiannya akan terbentuk dan menentukan jantina anak dalam kandungan dan pada minggu ke-9; alat kelamin bayi akan mula membentuk menjadi zakar, manakala untuk bayi perempuan ovarium akan muncul sekitar minggu ke 11 hingga 12 dan pada minggu ke-22, faraj akan mula membuka permukaan perineum.

Bukan salah ibu mengandung

Jika sperma yang mengandungi kromosom X bercampur dengan ovum yang hanya kromosom X hasil janin akan mempunyai kromosom XX, iaitu janin perempuan. Begitu juga dengan sperma yang mengandungi kromosom Y bercampur dengan ovum yang hanya kromosom X hasil janin akan mempunyai kromosom XY, iaitu janin lelaki.

Tonton bagaimana jantina bayi boleh terbentuk semasa dalam kandungan:

Sumber: The Asian Parent, Dr Zubaidi