Amerika Sekat Semua Aplikasi China

Bukan Sahaja TikTok, Amerika Syarikat Juga Mahu Sekat Semua Aplikasi China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus meningkat dari semasa ke semasa, susulan isu TikTok menjadi topik utama perbalahan ketika ini.

Terkini, AS mahu menyekat semua aplikasi China yang dicurigai status keselamatannya dimuat turun oleh pengguna di negara itu dari App Store. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menerusi satu pengumuman, semalam.

Menurut Pompeo, tindakan itu diambil kerana kebimbangan AS terhadap kebocoran data peribadi membabitkan rakyatnya

“Aplikasi dari China seperti TikTok, WeChat dan lain-lain lagi dari China secara signifikannya mengancam data peribadi rakyat AS dan boleh menjadi alat kepada Parti Komunis China (PKC),” katanya.

Pompeo berkata Washington akan berusaha menyekat pelbagai aplikasi China dan juga syarikat telekomunikasi China daripada mengakses maklumat sensitif rakyat dan perniagaan amerika.

Jelas Pompeo, dengan syarikat induk berpusat di China, aplikasi seperti TikTok, WeChat dan yang lain merupakan ancaman besar terhadap data peribadi pengguna di AS.

AS turut menyekat aplikasi tempatan merangkumi pra-pemasangan, atau tersedia untuk dimuat turun pada telefon buatan China dan peralatan tanpa wayar dari syarikat gergasi seperti Huawei dan pembuat peranti lain.

Pihak atasan akan berusaha untuk membataskan kemampuan penyedia perkhidmatan China untuk mengumpulkan, menyimpan dan memproses maklumat sulit di AS.

Beliau menyebut secara khusus nama syarikat gergasi China seperti Alibaba, Baidu, dan Tencent.

TikTok China Jual AS

TikTok kini diberi tarikh akhir 15 September untuk menjual operasi di AS kepada Microsoft Corporation atau berdepan pengharaman secara langsung.

BACA: Isu TikTok: Rakyat China Anggap CEO Pengkhianat Selepas Didorong Jual Kepada AS

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata, tiada bukti bahawa aplikasi TikTok yang dimiliki oleh syarikat China menyalahgunakan data peribadi penggunanya.

Beliau berkata, ia selepas pihaknya melakukan penelitian berhubung perkara berkenaan. Tetapi, beliau turut menasihati rakyat Australia perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan TikTok dan media sosial lain termasuk yang dimiliki oleh AS.

Ketegangan antara dua ekonomi besar ini telah memberi reaksi negatif dalam pasaran, menurut Intraday.

Sumber: Awani