Claw Machine Kategori Judi

Bukan Permainan Hiburan, Mufti Perlis Jelaskan ‘Claw Machine’ Termasuk Kategori Judi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda perasan, ada beberapa pusat membeli belah menyediakan mesin permainan untuk hiburan sekeluarga dan salah satu permainan popular di situ ialah mesin permainan anak patung atau ‘claw machine’.

Mesin ini akan memberikan kita ganjaran pelbagai jenis anak patung jika berjaya menyepit dan membawanya ke lubang yang disediakan. Namun, tidak semua orang boleh mendapatkannya sehinggakan ada yang bermain banyak kali pun masih tetap tidak berjaya.

Disebabkan konsep permainannya sebegitu, permainan tersebut termasuk dalam kategori perjudian.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).

Perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Jelasnya, ini adalah disebabkan terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.

“la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.

“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.

Claw Machine Kategori Judi

Selain itu, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.

BACA: Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu

Sumber: Dr MAZA