Hukum Boikot foodPanda 4

Bukan Pelanggan FoodPanda Tapi Beri ‘Review’ Buruk Jatuh Hukum Berdosa Besar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula 1 Januari sehingga 31 Mac, semua pengusaha premis pelancongan dikecualikan daripada cas pendaftaran premis penginapan pelancongan sebanyak RM70.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menggesa kira-kira 1,700 pengendali yang masih belum mendaftarkan premis mereka agar segera mengambil tindakan berkenaan. Antara yang terlibat ialah hotel, pusat peranginan, rumah tumpangan, asrama dan pemilik homestay.

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sedang mengakaji Dasar Pelancongan Kebangsaan yang akan menentukan arah industri pelancongan Malaysia sehingga tahun 2030.

Semakan yang sudah berada di tahap akhir ini akan dikaji berdasarkan kepada resolusi kongres pada tahun 1971 kerana selepas lebih 47 tahun perubahan dasar seni dan budaya adalah perlu bagi meningkatkan lagi keefisyenan industri.

Penginapan Pelancongan Tiada Cas
Sumber: Tourism-Alsace.com

Selaras dengan penyasaran kehadiran 28.1 juta pelancong pada 2019 yang akan memberi pendapatan kepada negara kira-kira RM92.2 bilion, kementerian mengutamakan pembangunan sektor pelancongan eko-budaya yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan budaya bertaraf dunia.

Penyasaran pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 pula adalah 30 juta orang yang boleh menjana pendapatan negara sebanyak RM100 bilion. Untuk mencapai objektif tersebut, kerajaan telah menyediakan geran sepadan RM100 juta kepada sektor swasta bagi tujuan promosi dan pemasaran yang boleh menarik minat orang luar untuk melancong ke Malaysia selain daripada RM500 juta juga diberikan oleh SME Bank bagi tujuan peningkatan perniagaan kraftangan dan pengendali homestay.

Kerajaan juga akan mencalonkan lebih banyak lokasi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO supaya Malaysia diberikan keutamaan melakukan promosu di ITB Berlin dalam pameran pelancongan antarabangsa di Jerman tahun depan.

Sumber: MalaysiaKini