mydin

Bukan Macam Drama Melayu, Keluarga Mydin Ada Cara Tersendiri Ajar Anak Terlibat Dalam Perniagaan Keluarga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lazimnya bagi sesebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang bapa, beliau pasti akan menyerahkan kepada anaknya apabila anaknya sudah bersedia bila besar nanti. Macam yang selalu dipertontonkan di dalam drama Melayulah.

Namun, tidak bagi Mydin seperti mana perkongsian daripada Mazlan Mohamad. Beliau telah berkongsi akan tradisi yang diamalkan oleh keluarga Mydin ketika menjalankan perniagaan.

Jom kita baca perkongsian beliau.

Mydin

Mydin Bukan Macam Drama Melayu

“Tak kisahlah berapa A pun kamu dapat. Papa nak, esok kamu ambil alih syarikat papa Megah Holding.
Ini keputusan papa!”

Tapi tidak di Mydin.

Setiap kaum kerabat Mydin yang ingin bekerja di Mydin diwajibkan bekerja di syarikat luar selama 5 tahun terlebih dahulu.

Antara sebabnya :

1. Agar mereka dapat pengalaman dan pendedahan yang boleh beri nilai tambah pada syarikat keluarga kelak.

2. Bentuk perasaan rendah diri dalam diri.

Bila bekerja dengan orang lain, mereka tidak akan dapat layanan yang sama seperti bekerja di syarikat keluarga.

mydin

3. ‘No free lunch’.

Jadi kaum kerabat Mydin tak bermakna mudah dapat kerja di Mydin.

4. Untuk dapatkan rasa hormat staf lama Mydin.

Jika terus dapat kerja lepas habis belajar, staf mesti kata, “Ala, saudara mara bos, senanglah dapat kerja kat sini. Padahal tak layak pun.”

BACA: Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

Sumber: Mazlan Mohamad