
Bukan Kesalahan Pertama, Kilang Ini Juga Punca Penduduk Selangor Tak Dapat Mandi 5 Bulan Lalu
Bukan kesalahan pertama, kilang ini juga punca penduduk Selangor tak dapat mandi lima bulan lalu.
Hujung minggu lalu merupakan tempoh ‘azab’ buat warga Selangor dan Kuala Lumpur kerana terpaksa berdepan dengan masalah ketiadaan air sehingga menyebabkan urusan harian terganggu.
Masalah yang berpunca daripada pencemaran minyak yang disalurkan ke dalam air sungai di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang menyebabkan sekitar 1.2 juta penduduk terjejas.
#ISUKINI #GangguanAir | Kilang menyelenggara mesin dan jentera di Rawang, Gombak disita oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 3 September 2020 selepas Hee Loy Sian melakukan tinjauan di kilang itu berikutan pencemaran air dan bau mengakibatkan… pic.twitter.com/XjI5Kgw0XQ
— Media Selangor (@Media_Selangor) September 4, 2020
Akibat daripada sisa yang tidak diuruskan dengan baik mengikut syarat yang ditetapkan, sisa meresap masuk ke Sungai Gong dan kemudiannya ke Sungai Sembah seterusnya ke Sungai Selangor.

Untuk pengetahuan anda, kesalahan ini bukanlah kali pertama dilakukan. Sebelum ini, kilang menyelenggara mesin dan jentera tersebut pernah melakukan kesalahan sama dan menyebabkan rakyat Selangor menderita atas punca yang sama pada lima bulan lalu dan dikenakan kompaun RM60,000.
https://www.facebook.com/airselangor/posts/3199875870042973
Susulan daripada pencemaran tersebut, pihak berkuasa terpaksa melepaskan sekitar 500 juta liter air daripada Empangan Sungai Tinggi dan mengepam masuk 400 juta liter air ke dalam sungai bagi mempercepatkan pengaliran air ke kawasan hilir sungai.
BACA: Tragedi Sungai Kim Berakhir: Ayuh Kembali Ke Sekolah!
Hasil siasatan Lemaga Urus Air Selangor (LUAS) turut mendapati ada bau yang seakan-akan pelarut dilepaskan ke dalam sungai.
Susulan daripada jenayah tersebut, kilang tersebut diarahkan ditutup dan disita sementara menunggu keputusan siasatan selain pemantauan rapi dari semasa ke semasa.


Kesemua suspek yang merupakan pemilik kilang berusia 50 hingga 60 tahun telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan terkini, gangguan bekalan air di kawasan terjejas kini sudah kembali pulih. Hulu Selangor menjadi kawasan pertama di Selangor yang pulih sepenuhnya pada pagi ini.
SIARAN MEDIA: STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR#airselangor pic.twitter.com/THyGKmbdUc
— Air Selangor (@air_selangor) September 6, 2020
Manakala Kuala Selangor sudah berada di tahap 99.25%, Petaling 91.78%, Gombak 72.99%, Kuala Langat 50%, Kuala Lumpur 47.37% dan Klang/Shah Alam 38.42%.
Daripada 1,292 kawasan, sebanyak 948 kawasan sudah pulih sepenuhnya dan 344 lagi masih dalam proses pemulihan.
Pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air.