
Bukan Hanya Al Jazeera, Pejabat Astro Dan UnifiTV Turut Diserbu Susulan Dokumentari Kontroversi
Pihak polis mengesahkan pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur telah diserbu bagi membantu siasatan berhubung laporan dokumentari berkenaan pekerja asing yang disiarkan.
Serbuan pada jam 11.30 pagi semalam (4 Ogos) dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan beberapa dokumen dan komputer dirampas bagi membantu siasatan.
3 Julai lalu, Al Jazeera telah menyiarkan dokumentari berdurasi sekitar 25 minit bertajuk Locked Up in Malaysia didakwa telah memburukkan imej Malaysia dalam hal pengendalian warga asing semasa pandemik COVID-19 melanda negara.
Susulan itu, Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan penahanan warga Bangladesh, Rayhan Kabir yang ditemu bual oleh media berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1987404691392737?__xts__%5B0%5D=68.ARAzTUpGwAUOJ60u6u3NRnBWHK8b7E28JidsuytT4oRVTkBPALGAAV_3dQQLvytSCLjKUaKr8lmas2mmZHKJuIEUIV1Vqxi8APrzQGG6oabx0BwvhaKc7H476DiyIf6n9O9Q1lfBI55sd7TYiGz8a5wtYabexqklq31dAkDVpNiolRgFfPEV1lur81rMdan1y_RK9oI5mCg2QV36DmVHFyoa7IoC-lFnk0ETB38NZ40JNCb0gRt7MuXTyZE9JiAceriUfb1FEyahQEtGLUeORjLCcWL1KBGC7iXYkaF3gJO10mLpZM7gLGSX_DAkKRDdUMlPzn4lnlMrYbiPDqySQulBKoPD&__tn__=-R
Dikatakan bakal diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya, Rayhan Kabir akhir Julai lalu telah membuat permohonan maag kepada rakyat Malaysia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan beliau.
BACA: Rayhan Kabir Dalam Dokumentari Kontroversi Al Jazeera Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, Rayhan tidak berniat untuk menyinggung perasaan rakyat dan kerajaan Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan beliau adalah satu pandangan peribadi hasil daripada apa yang beliau lihat dan tiada niat untuk menuduh pihak berkuasa.
Selain pejabat Al Jazeera, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pejabat Astro dan UnifiTV juga diserbu atas dakwaan yang sama; dokumentari kontroversi layanan kepada pekerja asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: Astro Didenda Siar Semula Dokumentari Al Jazeera Berkenaan Kes Altantuya
Trending now



