Bukan Buatan China, Malaysia Kini Ada Topeng Muka Sendiri

Bukan buatan China, Malaysia kini ada topeng muka sendiri.

Mahu elak kebergantungan negara terhadap bekalan import, syarikat milik tempatan, Durio PPE Sdn Bhd komited mengeluarkan topeng muka berkualiti dengan harga yang lebih murah, namun tetap selesa dipakai orang ramai.

BACA: Digelar ‘Plague Fighter’ Ini Kisah Doktor Malaysia Yang Mencipta Topeng N95

Dengan kerjasama syarikat terkemuka dunia dan menggunakan kualiti terbaik polipropilena 100%, Durio yang merupakan pengilang topeng muka dan fabrik melt blown di Malaysia menawarkan bahan melt blown secara elektrostatik berkualiti tinggi untuk penapisan tahan lama dan tinggi.

Malaysia Kini Ada Topeng Muka Keluaran Tempatan 1
Sumber: Nestia

Pengurus Pembangunan Perniagaan Durio, Xavier Kong berkata, Durio kini giat mengahsilkan empat unit mesin pengeluaran melt blown 1.6 meter yang boleh mencapai kapasiti bulanan 240 matrik tan dan menampung lebih 240 juta keping pengeluaran penutup muka.

Bukan buatan China

Menggunakan gabungan terbaik dari bahan kalis air, dari penapis tengah ke penyerap dalaman termasuklah gelung telinga dan jalur hidung bagi memberikan keselesaan terbaik buat pengguna.

Untuk pengetahuan anda, melt blown merupakan lapisan asas alat pelindung diri dengan teknologi tinggi.

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-63, Durio menghasilkan topeng muka eksklusif bercetak imej bendera Malaysia. Dengan harga serendah RM29.95, pembelian boleh dilakukan menerusi platform Shopee dan Lazada.

Malaysia Kini Ada Topeng Muka Keluaran Tempatan 1

 

Pemakaian topeng muka kembali wajib dipakai di kawasan sesak dan kawasan awam bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.