
Bukan Biasa-Biasa, Ini Identiti Sebenar Pramugari Yang Berdiri Di Puncak Burj Khalifa Dalam Iklan Tular Emirates Airline
Siapa pramugari dalam iklan tular Emirates Airline?
Beberapa hari lalu, dunia media sosial disensasikan dengan satu video iklan daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia, Emirates Airline apabila memaparkan visual seorang pramugari berdiri di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
BACA: Pasangan YouTuber Labur Lebih Setengah Juta Dedah Jantina Anak Di Burj Khalifa
Mungkin ramai yang memikirkan iklan berkenaan dihasilkan dengan menggunakan bantuan teknologi terkini, namun tahukah anda sebenarnya pramugari itu memang berada di puncak bangunan pencakar langit dunia berkenaan?
Momen itu dihasilkan bagi meraikan pengeluaran UAE daripada senarai merah UK yang akan memudahkan perjalanan penduduk UAE ke negara berkenaan yang mana sebahagiannya merupakan warganegara UK.
Sesuai dengan mesej yang disampaikan – ‘seakan berada di puncak dunia’, lokasi penggambaran divisualkan mengikut skrip yang dipaparkan.
Untuk pengetahuan anda, pramugari dalam iklan tular Emirates Airline berkenaan bukanlah dalam kalangan orang biasa-biasa.
Selalu berada di awanan, Nicole Smith-Ludvik merupakan tenaga pengajar terjun udara profesional yang seringkali menggambarkan dirinya sebagai pengembara dunia, penerjun udara dan pengembara.”
Malah dalam satu pendedahan yang dilakukan seorang daripada ahli pasukan, Nicole dikatakan sanggup berdiri selama berjam-jam di puncak Burj Khalifa demi menjayakan iklan tersebut.
Isu bangunan pencakar langit bukanlah suatu isu yang baru dalam dunia teknologi moden kini.
Setiap negara pasti mempunyai bangunan pencakar langit yang boleh menjadi identiti yang melambangkan negara.
Dengan adanya bangunan-bangunan yang mampu mencapai langit ini, populariti sesebuah negara mampu melonjak dan dikenali seluruh dunia.
Disebabkan itu jugalah banyak negara besar seakan berlumba membina bangunan tinggi bagi menonjolkan kehebatan masing-masing.
Lihat sahaja bangunan Burj Khalifa dengan ketinggian 830 meter menjadi kebanggaan rakyat Dubai. Sebut saja Burj Khalifa, masing-masing dapat membayangkan betapa mewahnya bangunan yang berada di Dubai tersebut.
Trending now



