Tingkap Kereta

Buka Tingkap Semasa Memandu Membuatkan Kereta Perlahan, Sejauh Mana Kebenarannya?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu persoalan yang sering membelenggu fikiran para pemandu kereta kini akhirnya dijawab dan dijelaskan secara terperinci oleh pakar.

Apakah yang menyebabkan sesebuah kereta itu dapat bergerak lebih laju, sama ada dengan menutup tingkap atau membuka tingkapnya?

Apa pula sebenarnya yang disebut sebagai ‘parachute effect’ dan ‘parasitic losses’ serta apa kaitan di antara kedua-duanya?

Jom sama-sama kita ikuti penerangan dari jurutera terkemuka Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau lebih dikenali sebagai Dr Aid Fawzal di Facebooknya ini:

Tingkap Kereta

Ya.. kereta dengan tingkap terbuka akan tingkatkan daya rintangan angin (drag) berbanding kereta yang tutup tingkap. Buka tingkap akan adanya ‘parachute effect’ yang buat kereta jadi perlahan.

Tapi ni tak bermaksud tutup tingkap PASTI akan laju. Sebabnya…

Tutup tingkap kereta belum pasti lebih laju daripada buka tingkap sebab siapa tutup tingkap dan tak pasang aircon?

Mestilah pasang aircon kan?

Dengan pasang aircon, kuasa enjin akan berkurangan disebabkan sistem aircon tu pinjam sedikit kuasa enjin = ‘parasitic losses’.

Akhirnya, tutup tingkap ke buka tingkap yang akan lebih laju???

Buka tingkap akan ada ‘parachute effect’.

Tutup tingkap, buka aircon akan ada ‘parasitic losses’.

Jawapannya, bergantung kepada rupa bentuk kereta.

Contohnya, kereta sport mempunyai bentuk badan yang aerodinamik. Bila tutup tingkap (dan buka aircon), ‘parasitic losses’ nya lebih rendah daripada rintangan angin oleh ‘parachute effect’.

Parasitic losses << parachute effect

Jadi, tutup tingkap lagi laju untuk kereta sport.

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

BACA: Pengguna Kereta Baru Berhati-Hati Dengan Pusat Servis Kereta. Jika Tidak, Anda Bakal Ditarah Hidup-Hidup

Sumber: Dr Aid Fawzal