Budaya Kerja 996 China

Budaya Kerja ‘996’ Yang Menjadi Kegilaan Masyarakat China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Budaya Kerja ‘996’ Yang Menjadi Kegilaan Masyarakat China

Umum mengetahui China terkenal dengan budaya bekerja keras sehingga banyak teknologi yang membangun dan tercipta dari mereka.

Sifat orang Cina yang sering bekerja keras merupakan sifat turun-temurun dari leluhur mereka.

Pada zaman dahulu, masyarakat Cina menjalani kehidupan dengan bertani, yang mana mereka perlu bekerja keras untuk bercucuk tanam. Sifat tersebut menurun walaupun zaman semakin berubah yang kini mereka lebih menguasai industri pembuatan.

Maka terciptalah budaya kerja 996 iaitu satu corak kerja yang sangat dibanggakan oleh Jack Ma iaitu hartawan China paling berjaya di dunia dan merupakan pengasas syarikat e-dagang terbesar, Alibaba Group Holding Ltd.

Budaya Kerja 996 China

Budaya kerja 996 adalah waktu bekerja selama 12 jam sehari dari jam 9 pagi hingga 9 malam serta 6 hari seminggu.

Budaya kerja 996 itu sendiri dipraktikkan secara meluas di syarikat China, termasuk syarikat start-up dan teknologi.

“Sekiranya anda tidak bekerja 996 ketika masih muda, bila anda akan melakukannya?” kata Jack Ma.

Budaya Kerja 996 China

Sistem kerja 996 adalah salah satu usaha China untuk mengikuti perkembangan ekonomi barat.

Jurang antara pembangunan ekonomi China dan Amerika Syarikat membuatkan waktu kerja panjang kerana mereka ingin mengejar dan mengatasi negara Barat.

Ramai usahawan China terutama di Beijing, Shanghai dan Shenzen mempunyai waktu bekerja 10-10-7 atau 12 jam setiap hari seminggu.

Sememangnya ada hujah jika bekerja terlalu keras boleh merosakkan kreativiti dan kesihatan diri.

Budaya kerja 996 ini banyak dibantah golongan milenial dan cuba mengelakkan diri daripada melakukan kerja buruh seperti yang terpaksa diharungi ibu bapa mereka.

Walaupun budaya kerja itu sudah sebati dalam sektor perusahaan teknologi China, namun sistem 996 ini tidak bermula di China.

Difahamkan, sistem kerja 996 ini bermula di Silicon Valley, Amerika Syarikat ketika teknologi internet baru meledah pada tahun 1990-an.

Ketika sektor teknologi dan start-up di China mulai berkembang pada awal tahun 2000, banyak syarikat meminta pekerjanya bekerja sepanjang hari.

Hasilnya, syarikat-syarikat ini menjadi salah satu perusahaan terbesar di China seperti Tencent.

Walaupun budaya kerja ini membawa China menjadi negara ekonomi berpengaruh di dunia, namun nasib para pekerja tidak begitu indah.

Seorang wanita berusia 22 tahun jatuh di kaki lima ketika dia berjalan pulang dari tempat kerja di pinggiran Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang.

Ketika itu, paramedik datang dan berusaha membantu wanita tersebut namun setelah enam jam dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital.

Wanita yang dikenali dengan nama Zhang baru bekerja selama enam bulan di salah sebuah syarikat e-dagang terbesar di sana.

Kematian Zhang dikatakan akibat budaya kerja 996 yang sudah lama wujud dalam industri teknologi China.

Bagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan atas sebab-sebab kematian Zhang dan keluarganya dilaporkan menolak tawaran bedah siasat.

Budaya kerja 996 tidak akan lenyap di China kerana sistem inilah mendorong mereka untuk lebih berjaya.

Selaras dengan ekonomi dan teknologi yang berkembang begitu pesat serta persaingan yang kuat di China mendorong mereka untuk tidak boleh bermalas-malasan.

Sumber: Detik