
Budaya Gengster & Buli Di Pasar Borong, Sisi Gelap Yang Petani Muda Perlu Ambil Tahu
Sememangnya budaya gengster dan buli di pasar-pasar borong di seluruh negara telah wujud sejak sekian lama dan seolah-olah masih tiada lagi penyelesaiannya.
Petani-petani muda yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri pertanian haruslah lebih peka dan berwaspada agak tidak tertindas dan menjadi mangsa penipuan.
Baharuddin Mohamed atau Coach Bahar ada membuat satu perkongsian yang sangat bermanfaat mengenai isu ini di Facebooknya berikut yang boleh dijadikan panduan untuk semua petani-petani muda di luar sana.
Sistem Buli Membuli Dan Budaya Gengster Di Pasar Borong
Setiap minggu saya turun ke pasar borong antara jam 2 pagi – 4 pagi. Siapa je nak kerja pagi-pagi macam tu. Sebagai kononnya petani tegar kami lakukan kerana sesuap nasi petani.
Tiap minggu game bukannya sama. Mula-mula pemborong ni ambil barang dan bayar cantik. Lepas tu bayar separuh, lepas tu bayar bil to bil. Lepas tu ambil barang tak bayar. Lepas seminggu tanya bila nak bayar dia orang cakap pula belum dapat bayaran dari peniaga lain. Lepas tu ini dan lepas tu itu alasannya.
Akhirnya petani kena buli. Siapa yang bertahan kejar mereka boleh kot dapat. Tapi mereka ni macam belut. Mereka berniaga dan ambil untung dari cara yang salah. Bukan saya seorang, banyak juga yang dah kena.
Walaupun berhati-hati, SOP dan segalanya kita ikut tapi tetap sangkut. Mereka kata barang kita tak cantik, orang tak beli, banyak buruk dan rosak. Tapi duit masih kat tangan mereka. Saya fikir kotornya permainan mereka ni. Kalau tak betul-betul memang ramai yang tumbang.
Pelan Kontingensi
Petani perlu sediakan plan A, B dan C untuk sebarang kemungkinan. Tak ada siapa yang simpati dengan nasib kita. Buah dah keluar, nak beli baja cash, nak bayar gaji pekerja cash, nak beli minyak kereta cash. Tapi nak dapat duit hasil titik peluh mereka punya payah. Itu pun bukan selalunya untung, kalau balik modal pun dah bersyukur.
Sebab itu petani ni kena pijak, ditindas dan miskin. Kurang yang ambil tahu tentang mereka. Harga sayur di pasar-pasar mahal meroket. Tapi bukan petani yang dapat untungnya. Saya betul-betul kesian nasib petani. Saya jadi murung dan lemah bila fikirkan betul-betul.
Petani perlu fikir menjual hasilnya sendiri. Petani perlu bangkit dan petani sendiri perlu tahu seni pasaran. Bukanlah salah petani jika mereka sudah bersungguh-sungguh dikebun. Tetapi mereka gagal menjual hasil mereka. Hasil titik peluh mereka dimakan oleh orang tengah lintah darat. Saya down dengan sistem ini. Patutlah ramai yang give up di tengah jalan.
Peniaga di Malaysia payah nak cari yang jujur. Lebih lagi peniaga Rohingya dan Bangladesh ni. Mereka pusingkan duit kita. Ambil barang, jual dulu baru bayar. Nak bayar pun susah. Dia orang buat sampai petani give up.
Nasihat Buat Anak Muda Petani
- Jangan putus asa. Belajar dan berfikirlah sebaiknya. Teruskan perjalanan ini walaupun sukar.
- Betulkan niat, banyakkan sedekah. Mudah-mudahan ada jalannya. Allah berikan rezeki kita pelbagai cara. Berserahlah pada-Nya kerana Dia yang menghidup dan Dia yang mematikan.
- Lawan tetap lawan. Saya fikir ianya tak akan berubah. Siapa yang lemah akan ditindas. Bangkit dan lakukan dengan cara baru.
- Terus jual pada pelanggan. Buat end-produk dan ready to eat. Mula-mula susah tapi insya-Allah ada jalannya.
- Jangan menangis dengan kekecewaan semalam. Bangkit dan lawan. Masih ramai yang menaruh harapan dengan kita. Jalan terus dan berusaha sedaya upaya.
- Jangan menyalahkan sesiapa, bisnes kita tanggungjawab kita. Jangan bergantung pada sesiapa ya. Buat sampai jadi.
- Bergabunglah. Sebagai petani yang kecil-kecil, bergabunglah. Jangan jadikan agensi sebagai musuh. Saya baik dengan agensi FAMA dan lain-lain. Mereka sebenarnya nak membantu. Tetap biasanya petani bila harga tinggi lari ke pemborong. Harga rendah baru nak cari mereka. Mana nak ditolongnya.
Iklan
Melon premium saya dah mula petik dan panin. Kalau korang sudi belilah terus dari kami membantu merancak industri agro.
https://yup.la/gte
Kobe melon manis, sedap, ranggup dan terbaik.
Coach Bahar
BACA: Selepas Hampir 20 Tahun, Pasar Borong Selayang Akhirnya Jadi Milik Warga Tempatan
Sumber: Baharuddin Mohamed
Trending now



