Budaya ‘Cancel’ Satu Bentuk Buli Siber Yang Jadi Trend Di Twitter

SUmber: The Swaddle

Di Twitter, budaya cancel seakan menjadi satu trend apabila satu kelompok atau individu melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak kena pada mata masyarakat.

BACA: Mengenali ‘Bangsar Bubble’ Yang Trending Sehingga Cetus Provokasi Di Twitter

Sama seperti budaya boikot, budaya cancel sebenarnya merupakan salah satu jenis daripada pelbagai jenis buli siber yang menghentikan segala sokongan kepada mereka yang terlibat.

Budaya ‘Cancel’ Satu Bentuk Buli Siber Yang Jadi Trend Doi Twitter
Sumber: Chief Executive Magazine

Definisi budaya cancel yang diberikan oleh Wikipedia adalah seperti berikut:

The act of canceling, also referred to as cancel culture (a variant on the term callout culture), describes a form of boycott in which an individual (usually a celebrity) who has acted or spoken in a questionable or controversial manner is boycotted.

Ada yang meletakkan tafsiran budaya cancel ini sebenarnya tidak jauh beza dengan budaya boikot yang trend di media sosial Facebook.

Malah ada yang berpendapat, budaya ini sepatutnya dihentikan dan dihapuskan kerana masyarakat akan lebih mudah menunding jari dan menghakimi tanpa fokus kepada konteks yang ingin diperjuangkan; fokus akan lebih kepada subjek berbanding objek.

Daripada mana budaya cancel ini bermula?

Budaya cancel pada awalnya didorong oleh gerakan #MeToo dan beberapa gerakan lain yang menuntut agar tokoh-tokoh masyarakat lebih bertanggungjawab menjalankan tugas dipercayai sudah dimulakan sejak lima tahun belakangan ini.

Istilah yang dikreditkan kepada pengguna Twitter berkulit gelap dengan tanda pagar #cancel ini disamakan dengan ‘pembatalan kontrak’ oleh peminat kepada beberapa selebriti yang terpalit dengan kontroversi.

Semakin hari, budaya cancel ini seakan hilang keaslian fokusnya sehinggakan wujud persoalan adakah benar budaya ini boleh menjalankan fungsi sebagai penegak keadilan atau hanya merupakan satu bentuk intimidasi media massa?

Sumber: Merriam-Webster, VOX