
Budak Lelaki 6 Tahun Menang Rumah Selepas Pecah Rekod Tekan Tubi 4,445 Kali
Demi mahu menghadiahkan keluarganya sebuah rumah jenis apartmen, budak lelaki berusia enam tahun ini sanggup bertahan melakukan tekan tubi sebanyak 3,270 kali (tanpa henti) dan mengalahkan peserta-peserta yang lain.
Berasal dari Novy Redant, Rusia, kejayaan Ibrahim Lyanov ini berjaya memasukkan beliau ke dalam Book of Records di Rusia dan berjaya merekodkan kejayaan baharu dalam ‘tekan tubi terbanyak dalam satu cubaan berterusan’ dengan jumlah sebanyak 4,445 kali (dicampur dengan jumlah berhenti sebentar).
Hasil daripada berlatih setiap hari bersama ayahnya beliau berjaya memenangi hadiah apartmen daripada kelab sukan tempatan iaitu Chingiz, dan kini beliau masih berlatih namun dengan kekerapan dua kali seminggu.
Kejayaan Ibrahim ini bukanlah yang pertama di sana. Tahun lepas, seorang budak lelaki berusia lima tahun, Rakhim Kurayev berjaya membawa pulang sebuah kereta jenama baru Mercedes selepas melakukan tekan tubi sebanyak 4,105 kali tanpa henti selama dua jam 25 minit.
Rakhim yang mendapat jolokan nama ‘Chechen Schwarzenegger’ kini sedang giat menjalankan latihan dengan seorang pelatih di gim bagi memenangi pertandingan yang lain.
Sumber: LAD Bible
Ajak geng-geng ke sini pasti meriah.
SuperPark Malaysia – The Best Indoor Activity In KL
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.