Budak 11 Tahun Berniaga Shopee Untuk Beli Telefon PdPR

Budak 11 Tahun Berniaga Di Shopee, Mahu Kumpul Wang Beli Telefon Untuk Kegunaan PdPR

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Budak 11 Tahun Berniaga Di Shopee, Mahu Kumpul Wang Beli Telefon Untuk PdPR.

Pandemik COVID-19 yang memusnahkan ekonomi dan kehidupan seluruh dunia, memaksa peniaga kecil mengubah saluran perniagaan ke platform dalam talian.

Yang tidak pernah berniaga selama ini juga terpaksa menceburi bidang perniagaan semata-mata untuk menampung kehidupan di kala sukar ini.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang peniaga Shopee yang dikatakan telah ‘menipu’ pelanggan menerusi jualan barangannya.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Cek Ammey Abu Bakar selepas mendapati barangan diterima tidak sama seperti yang dipesan.

Sangkaan pelanggan yang pada awalnya menganggap dirinya ditipu itu kerana jawapan balas peniaga seperti tidak tahu dengan produk yang dijual ternyata meleset apabila mengetahui bahawa peniaga tersebut baru berusia 11 tahun.

Menerusi hantaran tersebut, peniaga muda itu sepatutnya fokus pembelajaran tetapi perlu berniaga kerana mahu membantu keluarganya.

Kisah yang dikongsikan itu membuatkan netizen tersentuh dengan kecekalan kanak-kanak semuda itu mencari inisiatif untuk membantu keluarga dengan berniaga dalam talian.

Sejak kisahnya tular, peniaga muda yang bernama Umar Al-Khattab itu telah menerima sekitar 300 pesanan dalam tempoh sembilan hari, menurut Malay Mail.

Budak 11 Tahun Berniaga Shopee Untuk Beli Telefon PdPR

Umar merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik turut berterima kasih kepada pengguna media sosial yang membantu perniagaannya.

Menurut Umar, dia tertarik untuk belajar berniaga selepas mendengar penerangan rakan bapanya tentang cara-cara berniaga di Shopee.

Berniaga kerana mahu beli telefon untuk PdPR

Ibunya, Nurul Huda Azman memberitahu sejak kisahnya anaknya tular, banyak syarikat yang mahu menjadikan Umar sebagai peniaga ‘dropship’ mereka.

Namun, Umar perlu belajar terlebih dahulu selok-belok perniagaan sebelum bersetuju dengan mana-mana pihak.

Katanya, Umar cuba berniaga kerana mahu mengumpul wang untuk membeli telefon pintar supaya mudah untuk mengikuti kelas dalam talian (PdPR) yang telah beberapa kali dia terlepas.

BACA: Tak Sampai Sebulan Pakai Untuk PdPR, Telefon Pintar Subsidi Terbakar

Hal ini disebabkan keluarga mereka kekurangan gajet untuk dibahagikan kepada lima adik-beradik yang masih bersekolah.

Kedua ibu bapa Umar ketika ini tidak bekerja disebabkan pelaksaaan PKP dan memaksa mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan sekeluarga.

Jika anda mahu membantu jualan adik Umar, bolehlah klik link ini.