Budak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Selepas Bertengkar Dengan Ibu Mengenai Telefon

Bunuh diri sebab telefon
Sumber: Berita Harian

Semakin hari, acapkali kita diperdengarkan dengan kes individu memb*nuh diri. Namun, sejak dua menjak ini kes sebegini semakin parah apabila melibatkan golongan kanak-kanak.

Terkini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad mahu terjun daripada tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor. Menurut sumber, ia dipercayai daripada pertengkaran kanak-kanak itu dengan ibunya hanya kerana isu telefon.

Pasukan bomba sempat menyelematkan kanak-kanak berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk kanak-kanak perempuan itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.01 petang.

terjun bangunan sebab telefon
Sumber: Sinar

Terima kasih kepada pasukan bomba apabila setibanya di tempat kejadian, terus membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 selain memasang air cushion di aras bawah.

Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah. Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sumber : Buletin TV3#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, October 6, 2019

Seorang anggota, Pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin, berbual dan berjaya memujuk mangsa masuk ke dalam. Mangsa kemudian dibawa turun berjumpa dengan komander operasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian