
Buaya Yang Dipercayai Milik Adolf Hitler Dilaporkan Mati Di Zoo Moscow
Seekor buaya yang didakwa milik Adolf Hotler dilaporkan sudah meninggal dunia di zoo haiwan pada usia 84 tahun.
Kematian buaya Mississippi yang diberi nama Saturn itu merupakan antara yang terselamat ketika serangan bom di Zoo Berlin pada 1943 itu kemudiannya ditempatkan di Jerman Timur selepas Perang Dunia II itu dikatakan sebagai penamatan satu era.
BACA: Kanak-Kanak Tawau Tumbuk Mata Buaya Elak Dibaham
Zoo Moscow dalam satu kenyataan memberitahu kematian pada usia 84 tahun itu merupakan sesuatu yang membanggakan kerana reptilia berkenaan jarang melepasi usia 50 tahun di habitat liar.
Dilahirkan di Amerika Syarika pada 1936, Saturn dipindahkan ke Zoo Berlin berjaya melarikan diri pada 23 Novemver 1943 berikutan serangan bom yang membunuh beberapa buaya lain yang ada bersamanya.
Pada 1946, Saturn kemudiannya ditemui oleh tentera British dan diserahkan kepada pihak berkuasa Soviet. Menurut pihak zoo, status semasa kehilangannya selasa tiga tahun (1943-1946) masih menjadi misteri.
Julai 1946, Saturn dibawa ke Moscow dan wujudnya khabar angin bahawa reptilia berkenaan merupakan sebagaian daripada koleksi peibadi pemimpin nazi Jerman, Adolf Hitler.

Menurut pihak zoo, Saturn amat memilih makanan dan suka ‘diurut’ menggunakan berus, namun menganggap ‘khidmat’ kepada Saturn sebagai satu penghormatan.
“Saturn datang kepada kami selepas Russia berjaya menewaskan nazi Jerman dan kami menyambut ulang tahun ke-75 kejayaan itu bersama.
Kesempatan menghabiskan masa sebegitu lama dengan Saturn amat menyeronokkan dan diharap kami melakukan yang terbaik serta tidak mengecewakan Saturn.”
Sumber: BBC, Berita Harian, Wikipedia