Monyet Diberi Dadah Mabuk

Buat Video Beri Monyet Dadah Hingga ‘Mabuk’, Netizen Minta Pelaku Disiasat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Zaman rakam merakam ini ada saja timbul kes penganiayaan terhadap haiwan yang berlaku di negara kita.

Ini satu senario yang cukup membimbangkan dan walau apapun alasannya, tidak wajar menzalimi haiwan kerana haiwan juga makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi dan disayangi.

Tular sebuah video yang disebarkan netizen memaparkan tindakan kejam seorang pelaku yang memberikan sejenis dadah kepada seeokor monyet sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, namun ia sudah dipadam selepas menerima kecaman ramai.

Netizen bagaimanapun bertindak pantas memuat naik semula rakaman tersebut ke platform media sosial lain.

Monyet Diberi Dadah Mabuk

Menerusi rakaman tular itu, dapat dilihat keadaaan seekor monyet terhuyung-hayang dan hampir rebah bagaikan mabuk dengan kapsyen ‘barang jadi’. Malahan perakam juga kedengaran sedang mentertawakan monyet itu mungkin kerana menganggap ‘eksperimennya’ berjaya.

Pengadu memaklumkan ada segelintir pengguna platform berkenaan yang merasakan perkara itu sebagai satu jenaka dan tidak rasa bersalah monyet itu diperlakukan sedemikian rupa.

Difahamkan, dadah yang diberikan oleh si pelaku adalah sejenis dadah ‘Happy 5’ dan jika manusia yang mengambilnya akan mengalami rasa sakit kepala. Bayangkanlah jika diberikan kepada haiwan yang tidak bersalah ini.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana telah menzalimi haiwan.

“Erimin 5, happy 5 , five atau lebih dikenali sebagai pai adalah dadah budak budak dugem/ private party.”

“Kiranya tuan punya tiktok boleh kena tangkap lah kan? Sebab ada dadah and dera haiwan.”

Negara ada undang-undang untuk melindungi haiwan serta menghukum individu yang menganiaya haiwan seperti Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 sehingga RM100,000 serta penjara sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah menganiaya haiwan.