
Buat Aduan Tapi Tak Dilayan, Video Penampakan Tikus Di Hospital Kerajaan Buat Netizen Risau
Tidak dinafikan, kemudahan penjagaan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik dan tiada seperti di negara lain, tetapi ada kalanya pasti timbul isu yang kurang senang diceritakan oleh pesakit hospital.
Terbaharu, menerusi satu perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh @dayanaradzuan menunjukkan seekor tikus yang berkeliaran di bawah salah satu katil di dalam wad kanak-kanak.
Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah hospital kerajaan di Seremban, yang mana menurut pengguna, video berkenaan dikongsikan oleh kakaknya yang kini berada di wad berkenaan kerana sedang menemani anak beliau yang dijangkiti COVID-19.
Menurut Dayana, aduan sudah dibuat kepada pihak hospital namun belum ada sebarang tindakan yang dilakukan.
Penampakan tikus-tikus yang berkeliaran itu telah menimbulkan ketakutan kepada para pesakit sehingga ada yang terjerit-jerit kerana trauma.
Ujarnya lagi, dia memuat naik video berkenaan di media sosial bukanlah mahu petugas kesihatan sepertu jururawat untuk menangkap haiwan perosak itu, tetapi perlu ada tindakan segera diambil oleh pihak atasan apabila aduan dibuat.
“Jangan manipulate buat ayat sedih “kesian nurse, tangkap tikus pun kena buat”. Takda siapa suruh tangkap. Minta tolong report kan to management yang sepatutnya je. Pengarah atau pest control pihak hospital.
“Hospital kerajaan tak perlu pun siap ada aircond dan mewah. Cukuplah tempat yang bersih dan selesa. Yang penting kebersihan nombor satu,” katanya.
That video on tiktok banyak jugak kata kerja tangkap tikus bukan nurse, padahal takda sapa pun suruh nurse tangkap tikus. Cuma bila patient bagi aduan, take note la dan bagitau pihak atasan. Ni kadang bagi aduan pun malas nak layan macam kita menyusahkan sangat
— Queen (@dynbby) March 13, 2022
Susulan daripada itu, rata-rata netizen terkejut dan risau serta ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan haiwan perosak itu ketika berada di hospital.
Dalam pada itu, orang ramai turut menyeru pihak atasan supaya mengambil tindakan segera.
“Tikus tu pembawa kuman. Jika najis atau kencing dia masuk makanan, boleh menyebabkan maut lagi-lagi wad kanak-kanak. Minta pihak berkaitan jalankan tugas.”
@dayanaradzuan Dah complain dekat nurse pun tak layan ya kah kah
BACA: ‘Dah 2022 Tapi Wad Rapat, Kena Bawa Kipas’ – Netizen Luah Kecewa Dengan Keadaan Hospital Masih Daif
Trending now



