
Buang Muhammad Ali: Saintis Melayu Yang ‘Terbuang’ Dalam Lipatan Sejarah
Buang Muhammad Ali merupakan satu nama yang sangat asing dalam dunia sains. Namun satu dokumentari oleh seorang rakyat Perancis, Isabella Desjeux telah membongkar letak duduk Buang sebagai seorang saintis Melayu.
Penemuan Buang bermula apabila sebah kotak besi ditemukan dalam kawasan tapak yang hendak dibina sebuah sekolah di sebuah Kepulauan ternate, Indonesia yang mana populasi penduduk majoritinya berbangsa Melayu yang berkomunikasi seperti Melayu di Semenanjung Malaysia.
BACA: Digelar ‘Plague Fighter’, Ini Kisah Doktor Malaysia Yang Mencipta Topeng N95
Pada awalnya mereka menyangka ianya adalah hasil daripada tinggalan semasa penjajahan Portugis, namun setelah dibuka sebuah manuskrip yang masih dalam keadaan baik yang ditulis sekitar abad 1860 hingga 1890 ditemui.

Manuskrip itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Epistemologi di Universiti Failomics di Abuja, Nigeria untuk kajian.
Pengarah Projek, Dr Ola Madunagu mendedahkan kajian menemui nama Buang bersama nama Alfred Russel Wallace, seorang saintis dalam bidang zoologi dan biologi yang terkenal pada abad ke-19.
”Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali.
Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul spesimen.”
Cerita mengenai Buang banyak diceritakan kepada penduduk kampung yang menetap di Kepulauan Ternate menerusi penceritaan generasi ke generasi.
Ini kerana pada tahun 1869, Buang telah berkahwin dengan seorang gadis Melayu Ternate dan terus menetap di Ternate untuk meneruskan kajian sainsnya. Di Ternate juga, makmal dibina supaya beliau boleh membuat lebih banyak eksperimen dan catatan mengenai kajiannya.
Dalam sesi temu bual dokumentari Isabella, seorang penduduk memberitahu beliau mengetahui mengenai kisah saintis Melayu bernama Buang adalah daripada penceritaan oleh atuknya.
”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukan lah penduduk asal Ternate, dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan Buang, kerap membantu buang dalam kerja-kerjanya.
Buang adalah pembantu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah. Dia juga membawa kotak khas yang mungkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate.”
Melihatkan kepada apa yang ada dalam kotak tersebut, mereka membuat kesimpulan Wallace seakan tidak menghargai hasil kajian Buang.
Antara penemuan menarik yang ditemui dalam manuskrip Buang ialah bagaimana tenaga boleh dihasilkan dengan menggunakan buah durian dan juga tumbuhan.
Malah beberapa kajian berkaitan fizik seperti momentum dan putaran yang menjurus kepada bidang penerbangan turut ditemui.
Kalau diperhatikan secara teliti nama Buang sentiasa ada dalam catatan eksplorasi Wallace selain daripada Charles Darwin yang menyokong teori evolusi.
Buku The Malay Archipelago merupakan buku yang asasnya dihasilkan daripada penemuan berkenaan flora dan fauna hasil penerokaan di Amazon dan Alam Melayu banyak menyebut mengenai Ali (nama lain Buang) selain daripada buku My Life.
Berdasarkan rekod, Wallace bertemu Buang pada Disember 1855 di Sarawak, ketika itu Buang berusia 15 tahun.
Dalam satu catatan Wallace,
“Bila saya berada di Sarawak pada tahun 1855, saya mengambil seorang remaja rlelaki Melayu bernama Ali sebagai pembantu peribadi dan untuk membantuku menguasai Bahasa Melayu sebagai keperluan berkomunikasi kerap dengannya.”
Kisah terbuang Buang yang juga dikenali sebagai Ali Wallace ini ada juga dikisahkan dalam satu artikel I Am Ali Walace The Malay Assistant of Alfred Russel Wallace tulisan John Van Wyhe dan Gerrel M Drawhorn dalam JMBRAS Vol 88 Part 1 (2015).
Mahir dalam bidang perubatan tradisional bersama abangnya, Panglima Putad hasil ilmu yang diwarisi daripada bapanya, seorang lagi abang Buang iaitu Panglima Seman merupakan orang kuat dan orang kepercayaan James Brooke yang membawa kepada penemuannya dengan Wallace.
Antara lokasi ekspedisi yang sudah Buang sertai bersama Wallace ialah Singapura, Bali, Ternate, Surabaya, Betawi, Makasar, Lombo, Aru, Bangka dan Palembang.
Sama seperti majikannya, Buang kemudiannya seakan ‘tenggelam’ dalam lipatan sejarah apabila teori evolusi Charles Darwin sudah mula mendapat perhatian dunia.
Sumber: Isabelle Desjeux, Muhaimin Sulam, Minda Jawie, Moustapha Abbas
Trending now



