Kes Liwat Ahli Politik

‘Buang Banyak Masa’ – Ulas KPN Tentang Dakwaan Kes Liwat Libatkan Ahli Politik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dakwaan Kes Liwat Libatkan Ahli Politik

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki membuat pengakuan mendedahkan dirinya dibayar sebanyak RM300 oleh seorang ahli politik tempatan untuk melakukan hubungan songsang di sebuah hotel di Subang pada 2013.

Susulan itu, PDRM telah memanggil lelaki berkenaan untuk memberikan keterangan berkaitan pendedahan tersebut. Sehubungan itu, kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan yang dibuat dalam bentuk akuan berkanun (SD) itu adalah tulen.

Mengulas tentang dakwaan tersebut, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador menganggap siasatan kes liwat berkaitan ahli politik terkemuka itu adalah membuang masa kepada pihak berkuasa.

“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.

“Ia membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya pada sidang media.

Kes berprofil tinggi ini merupakan yang kedua ketika PDRM di bawah teraju beliau. Kes pertama membabitkan Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali.

Kes Liwat Ahli Politik

“Perkara ini pembaziran sumber polis dan saya muak dengan perkara-perkara seperti itu.

“Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, CID Bukit Aman juga sudah mengambil keterangan pesuruhjaya sumpah mengenai perkara itu.

Sebelum tular di media sosial, lelaki tersebut membuat pendedahan pertama kali di sebuah blog tempatan pada hujung minggu.

https://twitter.com/aizadfahmy/status/1295241124030771200

Sumber: MalaysiaKini, mStar