
‘British Jajah Bantu Bangunkan Negara Kita’ – Kenyataan Vivy Yusof Cetus Perdebatan Netizen
Nama Vivy Yusof tidak lagi asing dalam dunia perniagaan di Malaysia. Baru-baru ini, usahawan fesyen ini sekali lagi menjadi bualan netizen berikutan sebuah video yang menerangkan mengenai kedatangan British ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Seorang pengguna Twitter, @nabilahudatahar memuat naik satu video yang diambil daripada Instagram Story milik usahawan tersebut, membidas kenyataan Vivy yang dianggap kurang tepat.
“Long time ago, the British came to colonize our country. And they helped develop the country, that’s why we take photos of them,” terangnya kepada anak lelakinya.
Kenyataan Vivy seolah-olah mengatakan bahawa pihak British datang menjajah Tanah Melayu ketika itu adalah untuk membantu membangunkan negara seperti yang kita kecapi pada hari ini.
Walau bagaimanapun, kenyataan beliau mendapat perhatian ramai dengan rata-ratanya melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh Vivy.
“Ya British bina jalan dan infra, bukan untuk nenek moyang kau guna pun. Untuk senangkan dia nak rompak hasil Bumi kau. Minda dijajah dari dulu sampai 2022. Kesian bangsa ni.”
Ada juga yang berpendapat, pandangan seseorang itu mengenai penjajah akan berbeza berdasarkan pendirian dan sekelilingnya.
“M40, B40 cakap British jahat sebab dia orang rembat hasil tanah air kita. T20 cakap dia baik sebab majukan negara kita.”
“Di sebalik bangunan yang dibina, British kutip emas, timah, getah hanyalah untuk ‘membantu’ revolusi perindustrian mereka.”
“Saya masih ingat lagi kata-kata guru Sejarah saya tentang penjajahan British. “British bina hospital. Bagus kan? Ya lah kalau tiada hospital itu semua buruh akan mati. Nanti tak ada orang nak toreh getah, lombong timah…Kamu ingat British sayang kita ke?”
Namun, ada juga yang berpendapatan bahawa ada juga ‘kebaikan’ British menjajah negara kita dan tidaklah seteruk penjajah negara lain jika dibandingkan.
“Saya rasa dalam banyak-banyak penjajah, British bukanlah yang paling teruk. Sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu seperti pengangkutan, badan kehakiman dan lain-lain.”
“Bandingkan dengan Indonesia, Filipina dan Belanda seperti Sepanyol. Tidak bermakna saya bersetuju dengan penjajahan.”
BACA: Bukit St Paul Bakal Ditukar Kepada Nama Asal Bukit Melaka, Ini Sejarah Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Twitter