British Airways Uniform Hijab

British Airways Perkenal Uniform Berhijab – “Kenapa Susah Untuk Malaysia…?”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Langkah syarikat penerbangan British Airways yang memperkenalkan uniform baharu untuk barisan pramugari atau krew kabin wanitanya yang lengkap dengan ‘jumpsuit’ dan hijab mendapat liputan luas di seluruh dunia.

Berita menggembirakan ini turut mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengulas perkara berkenaan di Facebooknya berikut.

Persoalannya ialah, kenapa Malaysia agak ketinggalan dalam isu ini sedangkan negara kita adalah sebuah negara Islam yang sepatutnya menerajui konsep-konsep sebegini?

Berikut merupakan hantaran-hantaran yang dibuat oleh Profesor Dr. Rafidah Hanim yang diharapkan dapat membuka mata pihak-pihak yang terlibat.

British Airways Uniform Hijab

Speechless at the same time.

Kenapa susah untuk Malaysia “spearhead”/mengetuai konsep-konsep sebegini?

So we are not Taliban or extremist if we wish for our Airlines, Hotels to provide hijab as options in uniforms right? Would anyone accuse British Airways as such??

Untuk yang tidak perasan selama ini, mana-mana tulisan atau gesaan dalam Parlimen untuk pramugari diberi pilihan berhijab akan berhadapan dengan tuduhan-tuduhan extremist, we-are-not-Taliban, sila-tundukkan-pandangan berbagai-bagai. That’s how phobic some of us the moment hijab was brought into the discussion.

Isu hijab sebagai pilihan uniform ini merentasi Pakatan/Gabungan/Barisan/Perikatan yang memerintah. Mohon tidak dipolitikkan.

Ia isu korporat, ideologi dan apologetik.

👇👇👇👇👇👇👇

For the first time in nearly 20 years, British Airways has unveiled a new uniform. Female cabin crew will be able to wear jumpsuits, which the company describes as a “airline first”. The airline has also included a tunic and hijab option for female cabin crew, as per a press release by the company.

British Airways Uniform Hijab

https://www.ndtv.com/feature/british-airways-unveils-new-uniform-that-includes-hijab-and-jumpsuit-3672858

British Airways Uniform Hijab

Perlembagaan Persekutuan kita letak Islam agama Persekutuan. Majoriti pramugari kita wanita Muslim.

Kita ada pelbagai agensi agama.

Tapi tak mampu untuk selesaikan isu pramugari Muslim kita tiada pilihan bertudung dalam pesawat. Bahkan

Kita kena bincang bawa ke mahkamahlah, kena pinjam artikel-artikel CEDAW. Tulis laporan UPR pinjam hujah hak asasi, tengok-tengok British Airways boleh offer selepas kajian 5 tahun.

5 tahun dulu dia dah mula. Dia dah kaji nak buat apa dengan uniform-uniform lama sedia ada. Recycle balik dia kata.

5 British Airways Uniform Hijab

Bertahun-tahun MAS Malaysia, AirAsia, Kementerian Pengangkutan kita tak dapat diyakinkan bahawa hak wanita Muslim (in fact mana-mana wanita) untuk boleh pilih pakaian yang selesa dan sesuai dan tak exposed kan mereka pada gangguan seksual.

4 British Airways Uniform Hijab

2023, dan kita masih kena belajar dari orang lain perkara fundamental sebegini.

BACA: Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Ukraine Pecah Tradisi, Benarkan Pramugari Pakai ‘Pantsuit’

Sumber: Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar