
‘Boys Over Flower’ Thailand Sekali Lagi Gandingkan Bright Vachirawit & Win Metawin
Sudah bersedia untuk Boys Over Flower versi Thailand?
Kemunculan drama Taiwan Meteor Garden pada tahun 2001 telah mencetuskan satu fenomena luar biasa di dunia.
Dengan kejayaan drama adaptasi daripada manga Boys Over Flowers atau Hana Yori Dango pada tahun 1992 diikuti filem dengan tajuk sama pada tahun 1995, ianya diteruskan dengan adaptasi kepada beberapa versi lain iaitu:
- Meteor Garden (2001 – Taiwan)
- Meteor Garden II (2002 – Taiwan)
- Hana Yori Dango (2005 – Jepun)
- Hana Yori Dango Returns (2007 – Jepun)
- Hana Yori Dango Final (2008 – Jepun)
- Boys Over Flowers (2009 – Korea Selatan)
- Meteor Garden (2018 – China)
Yang terbaharu, Thailand mengumumkan mereka turut akan menyertai trend adaptasi ini yang diberi tajuk F4 Thailand.
Dibarisi pelakon baru popular Thailand, masih lagi tiada pemberitahuan bila F4 Thailand akan mula ditayangkan namun dijangkakan pada pertengahan tahun 2021.
เปิดโปรไฟล์นักแสดง #F4Thailand
ไบร์ท วชิรวิชญ์ / วิน เมธวิน / ดิว จิรวรรตน์ และ นานิ หิรัญกฤษฎิ์พบกัน เร็วๆนี้…#GMMTV
@bbrightvc @winmetawin @dew_jsu
และติดตาม นานิ ได้ที่ https://t.co/SFIaIhw6G5 pic.twitter.com/Kz94VDg8WD— GMMTV (@GMMTV) September 16, 2020
Filem ini mengisahkan mengenai Gorya (lakonan Tu Tontawan) yang diterima masuk ke dalam sebuah sekolah berprestij yang diketuai oleh kumpulan pelajar elit, F4 – empat orang pelajar yang kaya dan kacak.
Sering terlihat membuli pelajar lain, Gorya merupakan satu-satunya pelajar yang berani menentang mereka menebabkan Gorya kemudian menjadi target mangsa buli yang seterusnya.
Keadaan menjadi lebih menarik apabila ketua F4, Thyme (lakonan Bright Vachirawit) jatuh suka kepada Gorya namun cintanya ditolak Gorya kerana sikapnya yang angkuh.
BACA: ‘To All The Boys: Always And Forever’ Mungkin Ada Siri Ke-4?
Gorya pula mula menyukai salah seorang lagi ahli F4 iaitu Ren (lakonan Dew Jirawat). Dalam segala kekacauan, Gorya akhirnya mula jatuh suka kepada Thyme yang mula menunjukkan perubahan sikapnya.
Menggunakan konsep Boys over Flower yang sama, ramai yang teruja menantikan drama ini bagi melihat apakah kelainan yang akan ditampilkan dalam versi Thailand berbanding versi-versi lain.
Sebelum itu, tonton dahulu trailer drama F4 Thailand yang dikeluarkan pihak GMMTV di pautan bawah:
Trending now



