
Boy Iman Hanya Mampu Tergelak Selepas Diisytiharkan Muflis
Pengisytiharan muflis yang dikenakan terhadap pelakon yang juga ahli perniagaan, Datuk Boy Iman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berkuat kuasa semalam hanya mampu dibalas gelak oleh tuan empunya badan dan sedang menunggu malumat lanjut mengenai hal tersebut daripada peguamnya.
BACA: Rumah Sangat Tak Mampu Milik, Kos Sara Hidup Tinggi, Apa Nasib Anak Muda?
Media Harian Metro semalam melaporkan Boy Iman diisytihar muflis selepas gagal melunaskan tuntutan seorang individu pada pertengahan tahun lalu sebanyak lebih RM60,000 selepas didakwa ditipu dalam satu projek perumahan mini banglo.

“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama.
Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ini.”
Memberitahu dirinya langsung tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu, pemilik nama Noruliman A Rahman selaku penghutang penghakiman didakwa telah menipu individu berkenaan untuk menyertai program pembinaan rumah jenis ilham (DBI Homes) dengan kos RM50,000 menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdn Bhd pada tahun 2017.
“Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.
Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.
Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa scam.”
Dalam tempoh tuntutan kes yang berlangsung dari 2019, prosiding guaman sivil sudah dilakukan dan dalam tempoh itu pihak Boy Iman gagal membuat pembelaan diri menyebabkan prosiding kebankrapan difailkan kepadanya.
Peguam, Hizri Hasshan yang mewakili individu pemiutang penghakiman mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati membuat sebarang keputusan membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.
Trending now



