1 Bos levi’s Tak Basuh Jeans 10 Tahun

Bos Levi’s Dedah Beliau Tidak Pernah Basuh Jeans Kegemarannya Selama 10 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seberapa kerap anda membasuh seluar jeans milik anda? Tiga bulan sekali? Sebulan sekali? Atau setiap minggu?

Tahukah anda ketua Pegawai Eksekutif Levi’s, Chip Bergh mendedahkan bahawa beliau tidak pernah membasuh jeans kegemaran miliknya selama 10 tahun menggunakan mesin basuh.

Menurut beliau, pencucian jeans secara berkala boleh merosakkan materialnya terutamanya jika menggunakan mesin basuh.

Chip memberitahu beliau hanya akan membersihkan tempat tertentu jika terdapat kesan kotoran atau paling teruk membasuh jeans tersebut menggunakan tangan agar bau lebih segar.

Bos levi’s Tak Basuh Jeans 10 Tahun

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama pembersihan bukan toksik Branch Basics, Kelly Love memadai dengan hanya meletakkan seluar di bawah sinar matahari dan diudarakan jika anda bimbang mengenai jumlah kuman yang terkumpul.

Namun begitu, pemakaian secara normal tidak akan menimbulkan ancaman kesihatan, cukuplah sekadar menjemurnya selama beberapa hari sehingga tidak ada bau pada jeans tersebut.

Menurut penulis dan ahli mikrobiologi, Jason Tetro untuk membunuh 90% pepijat, anda memerlukan suhu di bawah -18 darjah bagi mengekalkan kualiti sebatian jeans.

Sumber: LAD Bible

Sambutan Hari Rambo.

Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI